• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fazley Yaacob Nafi ‘Sweet Table’ Aksi Baling Makanan

oleh
03/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMA chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob boleh dikatakan cukup terkenal dan popular bukan sahaja di Malaysia malah negara luar.

Pun begitu, baru-baru ini Raf Yaakob ini mencuri tumpuan netizen apabila satu rakaman menyaksikan aksi beliau sedang menyediakan hidangan unik yang diberi nama ‘Sweet Table’ menjadi tular di media sosial.

Ekoran penularan video itu, Fazley yang juga seorang usahawan menerima pelbagai reaksi positif dan negatif daripada netizen. Ada memuji dan kagum dengan kreativiti dipamerkan oleh cef selebriti berusia 39 tahun ini.

Malah, tidak kurang juga terdapat segelintir pihak mengecam dan tidak bersetuju dengan cara penyediaan makanan tersebut kerana beranggapan kurang sopan berikutan Fazley dilihat mencampak beberapa makanan di atas meja.

Tidak mudah melatah, Fazley dilihat dengan tenang menyelar dakwaan berkenaan sekali gus mengakui tidak berkecil hati mahupun terkesan dengan tohmahan negatif itu.

“Saya tidak terkesan dengan kritikan itu. Saya campak (makanan) kerana pada ketika itu ahli keluarga saya ramai dan meja pula panjang dan menyukarkan saya.

“Tapi sebenarnya itu hanya untuk memberi pengalaman kepada adik-beradik dan keluarga saya. Saya tahu dan sedar tidak elok campak makanan.

“Malah dari kecil saya diajar oleh ibu bapa saya supaya tidak mencampak makanan. Saya tidak akan buat (campak makanan) apabila menyediakan hidangan ‘sweet table’ kepada pelanggan saya.

“Konsep ini sebenarnya saya mahu orang menikmati menu manis seperti kek dan kuih muih bersama orang tersayang seperti keluarga atau rakan-rakan.

“Secara tidak langsung ia mengeratkan lagi ukhuwah sesama mereka. Untuk hidangan ini, saya menggunakan tangan dan melukis di atas meja.

“Makanan diletakkan tetapi tidak di dalam pinggan. Itu kelainan yang saya tampilkan,” katanya dipetik laporan Malaysian Digest.

Tambahnya lagi, beliau mengakui gembira kerana sejak video tersebut menjadi tular, tempahan untuk ‘Sweet Table’ mendapat sambutan ramai.

“Ramai yang sudah menempah ‘sweet table’ untuk sambutan hari jadi dan makan bersama keluarga. Harga pihak saya tawarkan berpatutan antara RM15 hingga RM35 sahaja,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Fazley dikatakan kini sudah menjalankan aktiviti perniagaan restoran secara atas talian selain melancarkan aplikasi permainan video yang diberi nama Chef Fazley Kitchen. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: fazley yaakobraf yaakob
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Marin Rampas Mercun, Bunga Api RM250,000

Next Post

Cover 2 Minit Buat Peminat Rindu Suara Nazrey

Related Posts

Fazley, Isteri Macam Pengantin Baharu Naik Pelamin Lagi

29/11/2018
0

PETALING JAYA -Tiga belas tahun selepas mendirikan rumah tangga, penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob bersanding semula dengan isteri...

Fazley Kotakan Janji Bersanding Semula, Hanya Rakan Media Tetamu VIP

18/11/2018
0

PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob akhirnya mengotakan janjinya sebelum ini untuk bersanding semula dengan isterinya Datin Azrene Soraya...

Next Post

Cover 2 Minit Buat Peminat Rindu Suara Nazrey

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd