• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fatehah Tersingkir Seawal Pusingan Kedua Acara Pecut

oleh Ahmad Albab
18/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Pelumba trek wanita negara, Fatehah Mustapa kecundang seawal pusingan kedua acara pecut wanita elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2018 (ATC) hari ini.

Fatehah, 29, gagal ke suku akhir setelah tewas kepada Guo Yufang dari China pada perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Nasional di sini.

Beliau yang pernah memenangi pingat emas acara itu pada 2013 mengakui kesilapan sendiri kerana tersalah strategi ketika saringan.

“Kecewa… sepatutnya boleh menang… pada selekoh pertama saya tidak perasan dia memotong saya dari bawah, itu satu kesalahan saya.

“Saya tidak boleh lakukan apa-apa, beliau lebih laju. Saringan acara pecut pula hanya sekali sahaja kayuh dan tiada peluang kedua,” katanya kepada pemberita selepas acara itu.

Fatehah berkata biarpun nasib tidak menyebelahi dirinya dalam acara pecut beliau optimis akan bangkit bagi acara keirin pada Selasa ini.

Katanya beliau tidak mahu mensia-siakan peluang beraksi di depan penyokong negara dan bertekad mempamerkan aksi kompetitif bagi acara terakhirnya itu..

“Saya berharap ada peluang podium dalam acara keirin pada selasa ini. Tahun lepas tiada pingat jadi tahun ini sebagai tuan rumah saya mahu mempamerkan aksi terbaik untuk rakyat Malaysia.

“Saingan yang paling sengit adalah Hong Kong, Korea Selatan dan Jepun. Semua peserta dalam prestasi yang terbaik dan peluang untuk podium terbuka,” katanya.

Semalam Fatehah memenangi pingat gangsa dalam acara ujian masa 500 meter. – BERNAMA

Tags: Fatehah Mustapa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fatehah Mustapa Enggan Kibar ‘Bendera Putih’

11/10/2018
0

NILAI – Meskipun dilihat sedang menghampiri fasa kejatuhan prestasi, ratu berbasikal trek negara, Fatehah Mustapa enggan mengibarkan ‘bendera putih’ dan...

Fatehah Raih Pingat Gangsa 500M Ujian Masa

18/02/2018
0

NILAI — Pelumba trek wanita negara, Fatehah Mustapa menyumbang pingat gangsa dalam acara 500 meter ujian masa pada Kejohanan Berbasikal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd