• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Farid-Diana Zahirkan Sayang Di Instagram, Sweet!

oleh AK-47
04/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ADAT berumahtangga, pasti ada pasang surutnya. Bertikam lidah dan berselisihan faham itu perkara biasa, namun apa yang paling penting adalah cara suami isteri itu menghadapinya.

Justeru, apabila pasangan pelakon Datuk Farid Kamil dan Datin Diana Danielle melalui fasa sukar dalam perkahwinan mereka ekoran kontroversi yang melanda Farid baru-baru ini, kedua-duanya kelihatan begitu komited untuk memulihkan situasi.

Menyatakan rasa kasih dan sayangnya kepada isteri tercinta melalui platform media sosial, Farid telah memuat naik sekeping gambar bertiga bersama-sama Diana dan anak lelaki mereka iaitu Muhammad.

‘ BERSATU ‘ Kita Teguh Bercerai kita roboh…#kamiXramai tapi kami ada #X 💖

A post shared by Farid Kamil (@faridkamilz) on Feb 2, 2018 at 8:00pm PST

Menerusi kapsyennya, aktor berusia 37 tahun itu menggunakan pepatah Melayu yang berbunyi ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’ berserta tanda pagar ‘#kamixramai tapi kami ada #X’ yang mungkin boleh ditafsirkan sebagai keutuhan hubungannya dengan Diana.

Sebelum ini, Farid pernah mengakui hubungan mereka suami isteri tidak mempunyai sebarang masalah, malah dia bersyukur mempunyai isteri dan anak-anak, Muhammad, 5 dan Nur Aurora, 3, di sampingnya.

Dalam pada itu, Diana turut menzahirkan kasih sayangnya terhadap Farid menerusi satu postingan di InstaStory yang disertakan dengan kapsyen: “I miss you @faridkamilz (saya rindukan awak @faridkamilz)”.

Entri tersebut bagaimanapun telah dipadamkan.

Sementara itu, followers Farid di Instagram turut mendoakan kebahagian rumah tangga pasangan itu akan berkekalan dan sentiasa dalam lindungan Allah.

Ramai juga menasihatkan agar pasangan itu terus tabah menghadapi ujian kerana setiap apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah disebaliknya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datin Diana DanielleDatuk Farid Kamil
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

26 Mati Di Sabah Angkara Bakakuk

Next Post

40KM ‘Menapak’ Demi Isteri Tercinta

Related Posts

Ujian Saringan Awal Air Kencing Farid Kamil Positif Ganja

18/12/2018
0

PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini, hari ini diberitahu bahawa keputusan ujian awal saringan urin pelakon dan pengarah Datuk...

Farid Kamil Farid Gagal Gugur 5 Pertuduhan Jenayah

16/10/2018
0

PETALING JAYA - Jabatan Peguam Negara menolak representasi pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari untuk menggugurkan lima pertuduhan jenayah...

Next Post

40KM 'Menapak' Demi Isteri Tercinta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd