• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Faizal Tahir ‘Low-Profile’, Fokus Misi Kemanusiaan

oleh Haris
28/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA yang tidak kenal dengan Faizal Tahir, seorang penyanyi yang mempunyai aura tersendiri sebagai seorang penghibur di atas pentas.

Jika dilihat sekarang, Faizal seperti sudah jarang membuat penampilan di kaca televisyen dan media cetak.

Malah, dia juga telah mengumumkan untuk tidak lagi bersaing di dalam anugerah-anugerah berprestij di negara ini.

Mengakui perkara tersebut, Faizal berkata dia kini hanya ingin mengambil pendekatan sederhana dalam karier muziknya berbanding terlalu mengejar populariti.

“Secara peribadi, saya cintakan muzik dan tidak mungkin akan mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada bidang ini.

“Saya kini lebih selesa mengambil pendekatan secara sederhana berbanding terlalu mementingkan populariti, apatah lagi penghormatan dalam penganugerahan,” katanya kepada akhbar tersebut.

Ujar Faizal, dia kini hanya memfokuskan untuk menghasilkan karya berkualiti selain mahu terus terlibat dengan aktiviti amal seperti misi kemanusiaan yang kini sinonim dengan dirinya selain meluangkan lebih masa bersama keluarga.

Dalam wawancaranya bersama portal Kosmo Online, Faizal mendedahkan bahawa dia akan melancarkan album terbaharunya yang sudah lama tertangguh disebabkan komitmen lain hujung tahun ini.

“Disebabkan kekangan waktu dengan penglibatan aktiviti kemanusiaan, saya terpaksa menangguhkan perancangan untuk menghasilkan album dalam tempoh masa terdekat.

“Sekiranya semua berjalan lancar, album tersebut akan menemui peminat pada penghujung tahun ini,” katanya.

Mengulas mengenai penglibatannya dalam aktiviti amal, Faizal menyifatkan perkara tersebut bukan sekadar dilakukan bagi memenuhi tuntutan tanggungjawab sosial tetapi juga mengajarnya untuk sentiasa mensyukuri nikmat Allah SWT.

Meneruskan aktiviti amalnya, Faizal akan terlibat dalam misi kemanusiaan ke Bangladesh bagi membantu pelarian Rohingya bulan hadapan.

“Saya juga akan berangkat ke Bangladesh bagi membantu pelarian Rohingya menerusi misi Faith For Rohingya.

“Ia merupakan kerjasama antara IamFaithman dengan badan bukan kerajaan (NGO) Brunei, Hand4Hand dan kami akan berangkat pada 5 hingga 8 Mac depan,” ujarnya.

Menerusi misi tersebut, mereka berusaha untuk membantu sekurang-kurangnya 1,000 keluarga dengan memberi bantuan berbentuk bekalan makanan, keperluan asas harian dan sokongan moral.

Dalam pada itu, Faizal juga menceritakan bahawa album barunya itu akan turut mengandungi lagu yang melambangkan kecintaan kepada negara.

Jelas Faizal, lagu tersebut akan dihasilkan seperti kebanyakan lagu komersial lain tetapi mempunyai mesej kecintaan terhadap tanah air.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi lirik lagu ciptaan Faizal berjudul Negaraku di Twitter dan perkara tersebut kata Faizal merupakan satu penghormatan besar buatnya.

Baca: Faizal Tahir Teruja PM Kongsi Lirik Lagu ‘Negaraku’

“Ia suatu perkara yang tidak diduga dan saya berasa seperti seorang anak kecil yang melonjak kegembiraan.

 “Selain menghasilkan dan menyanyikan lagu tersebut, Negaraku juga merupakan ciptaan Ezra Kong dan Mike Chan, manakala dinyanyikan bersama Joe Flizzow, Altimet serta SonaOne,” jelas Faizal. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Faizal Tahirmisi kemanusiaanpemuzik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Edar Dadah: 2 Beranak Terlepas Tali Gantung

Next Post

Kekal Kerajaan Pembangunan Banyak Dilaksana

Related Posts

Tilintetgjort, Troll Dibarisi Pemuzik Norway Yang Terkenal Dan Berpengalaman

Tilintetgjort, Troll Dibarisi Pemuzik Norway Yang Terkenal Dan Berpengalaman

22/07/2024
0

Oleh ABDUL AZIZ ITAR TILINTETGJORT mungkin perkataan yang sedikit sukar untuk disebut bagi yang bukan berbahasa Norway. Namun, bagi para...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

Next Post

Kekal Kerajaan Pembangunan Banyak Dilaksana

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd