• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Warga Asing Diberkas Ketika Cuba Merompak

oleh Ahmad Albab
16/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Respons pantas pihak polis terhadap bunyi penggera sistem keselamatan di sebuah kedai emas di Jalan Kledang, Menglembu di sini, membawa kepada penangkapan empat warga asing yang cuba memecah masuk ke premis pajak gadai yang terletak bersebelahan, dalam kejadian awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, polis tiba di lokasi dalam tempoh kurang seminit sebaik menerima isyarat daripada sistem keselamatan yang dipasang di kedai emas tersebut.

“Sejurus pihak kami menerima siren amaran dari kedai emas itu sepasukan anggota digegaskan ke lokasi. Pemeriksaan mendapati pintu belakang kedai emas itu terbuka,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata tindakan pantas polis turut menyebabkan kesemua suspek tidak sempat melarikan diri dengan tiga ditemui bersembunyi di atas bumbung manakala seorang lagi di dalam kereta yang diletak tidak jauh dari premis.

“Siasatan awal mendapati suspek cuba memecah masuk premis pajak gadai itu dengan memecahkan dinding kedai emas namun usaha mereka terbantut apabila sistem keselamatan diaktifkan,” katanya.

Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan lanjut ke atas suspek. – BERNAMA

Tags: merompakwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur 87 premis hiburan seluruh negara melalui Op Noda yang dijalankan Jumaat dan Sabtu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd