• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Efek ‘Water Retention’ Hamil, Comelnya Kaki TokTi!

oleh AK-47
18/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DALAM bulan kelapan kehamilannya, penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin kini sedang menanti hari melahirkan anak sulungnya pada bulan Mac ini.

Siti, 39, bakal melahirkan bayi perempuan hasil perkahwinannya selama 12 tahun dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 59.

Dalam pada itu, Siti yang selalu berkongsi perkembangannya melalui Instagram miliknya telah memuat naik sebuah gambar yang menunjukka kedua-dua kakinya yang sedang membengkak oleh kerana water retention yang biasa dialami oleh wanita hamil.

Kata Siti, akibat kakinya sembap, beliau terpaksa meminjam selipar suami tercinta.

Pinjam selipa suami.. selipa saya dah tak muat 😭😭😭 #redha #bengkak #3rdtrimester

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on Feb 18, 2018 at 12:47am PST

Water retention atau kesembapan berlaku akibat pengumpulan cecair dalam ruang di antara tisu-tisu lembut dalam badan dan apabila cecair ini disimpan, pembengkakan akan berlaku.

Rata-rata daripada peminatnya membanjiri ruangan komen entri tersebut dengan kata-kata semangat dan ramai juga yang ‘geram’ kerana kaki Siti kelihatan sungguh comel!

Tak kurang juga yang tidak melepaskan peluang untuk berkongsi tips mengurangkan kesembapan kakinya itu, termasuklah penyanyi popular Indonesia yang juga rakan baiknya, Krisdayanti.

“@krisdayantilemos: Kurangin garamnya sedikit Love, jangan lupa rendam air panas ye tiap malam @ctdk,” nasihat Kris pada entri tersebut.

Gambar itu ternyata sungguh popular sehingga telah menerima 101,392 likes walaupun baru 3 jam dimuat naik.

Nampaknya, tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum penyanyi kesayangan Malaysia ini melahirkan bayi sulungnya itu. Kami pasti seluruh rakyat negara ini turut teruja dan tidak sabar seperti Siti juga! – MYNEWSHUB.CC

Tags: artis mengandungDatuk Seri Siti Nurhaliza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fazura Hamil Empat Bulan

17/04/2020
0

PELAKON popular Fazura berkongsi berita gembira apabila kini hamil anak pertama hasil perkahwinan dengan suaminya yang juga pelakon Fattah Amin....

Siti Nurhaliza Paling Ramai Pengikut IG Di Malaysia

31/01/2019
0

HEBAT... Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin kini menjadi individu dengan jumlah pengikut Instagram terbanyak di Malaysia....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd