• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dollah Salleh Puji Semangat Berpasukan Pahang

oleh Ahmad Albab
25/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Jurulatih Pahang Dollah Salleh memuji semangat berpasukan terbaik yang ditampilkan skuad Tok Gajah ketika membenam Selangor 3-1 pada aksi keempat Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.

Beliau gembira kerana percaturan taktikalnya pada perlawanan tersebut menjadi dan berterima kasih kepada pemain yang memberikan aksi terbaik pada permainan semalam.

Dollah pada masa sama turut memuji aksi cemerlang yang ditampilkan dua pemain import skuad Tok Gajah, Francis Forkey Doe dari Liberia dan penyerang kelahiran Brazil, Patrick dos Santos Cruz yang mempamerkan aksi cemerlang walaupun masih bergelut dengan kecederaan masing-masing.

Pada aksi itu, Cruz membuka tirai jaringan pada minit ketujuh dalam penampilan pertamanya bersama Pahang sebelum Doe menyempurnakan gol kedua pada minit ke-48 dan sepakan penalti pada minit ke-71, manakala penyerang dari Sepanyol, Rufino Segovia del Burgo menjaringkan gol saguhati untuk Selangor hasil sepakan penalti pada minit ke-38.

“Ini yang saya harapkan selepas kita tercari-cari rentak permainan sebenar dalam dua perlawanan sebelum ini dan gandingan dua pemain import ini nampak semakin serasi. Alhamdulillah apa yang kita harapkan pada perlawanan ini menjadi,” katanga pada sidang media selepas perlawanan itu.

Turut berkongsi pandangan Dollah ialah Forkey Doe, 32, yang begitu teruja setelah berjaya menjaringkan dua gol pada perlawanan yang menewaskan kelab yang pernah diwakilinya dalam usaha merebut Kasut Emas Liga Super, musim ini.

“Saya sangat gembira kerana dapat membantu pasukan ini membawa pulang tiga mata. Saya berharap kemenangan pada malam ini akan membantu saya menjaringkan lebih gol dalam perlawanan seterusnya bagi merebut anugerah Kasut Emas buat kali kedua,” kata pemain tersebut yang pernah memenangi anugerah itu ketika bermain untuk Terengganu pada 2012.

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih Selangor, P. Maniam mengakui pemainnya gagal menampilkan aksi kemas pada perlawanan berkenaan selain menyifatkan pasukan lawan layak meraih kemenangan kerana beraksi lebih baik berbanding pasukan kendaliannya.

Beliau menjelaskan akan mengkaji semula kelemahan skuad Gergasi Merah sebelum berdepan kelab Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), MOF FC pada aksi pusingan kedua Piala FA, awal bulan depan.

“Kita tidak sepatutnya melepaskan gol ketiga yang mematikan langkah kita untuk mengejar permainan dan kita boleh nampak pasukan Pahang beraksi agak solid. Mereka layak meraih kemenangan pada perlawanan ini,” jelas Maniam. – BERNAMA

Tags: Dollah Salleh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dollah Salleh Kemalangan

18/01/2022
0

Kuala Lumpur : Pengurus pasukan Sri Pahang FC, Dollah Salleh berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaikinya secara tiba-tiba hilang...

Taktikal Dollah Penentu Barisan Tok Gajah

21/11/2018
0

KUANTAN - Taktikal ketua jurulatih, Dollah Salleh bakal menentukan barisan pemain yang akan memperkasakan skuad Pahang bagi mengharungi saingan Liga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd