• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Antara 6 Didakwa Membuat Tuntutan Palsu

oleh Ahmad Albab
14/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang bekas Pengurus Besar Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd bergelar ‘datuk’ dan lima lagi individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu bagi tuntutan kos pengangkutan berjumlah lebih RM500,000.

Datuk R. Shanmugam, 46; Yap Siew Hiong , 46; P. Sugumaran, 50; C. Karuppiah, 41; V. Murugesu, 55 dan M. Kanesan, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Adli Abd Ghalib.

Shanmugam menghadapi tiga pertuduhan secara individu selain menghadapi 46 pertuduhan secara bersama dengan Yap dan Sugumaran, menghadapi 19 pertuduhan secara bersama dengan Karuppiah, menghadapi 18 pertuduhan secara bersama dengan Kanesan dan menghadapi tujuh pertuduhan secara bersama dengan Murugesu.

Kesemua tertuduh didakwa menipu kakitangan dan pegawai Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia untuk mempercayai bahawa tuntutan kos pengangkutan yang dituntut oleh lima buah syarikat adalah tulen.

Lima syarikat terbabit adalah Teguh Marine Inspection (M) Sdn Bhd, WLS Container Lines (M) Sdn Bhd, Green Valleys Resources, Tiban Enterprise dan Pandan Cerah Sdn Bhd.

Tindakan itu mendorong Syarikat Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia menyerahkan sejumlah RM505,750 kepada kelima-lima syarikat terbabit sebagai bayaran tuntutan berkenaan yang mana ia tidak akan menyerahkan wang itu jika tidak diperdayakan sedemikian.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Lot 2, Persiaran Tengku Ampuan Seksyen 21, Shah Alam Industrial Site di sini, antara 17 April 2008 dan 15 Mei 2014.

Jika sabit kesalahan, kesemua tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan denda dan sebatan.

Yap dan Sugumaran masing-masing adalah pengurus besar dan pengarah urusan WLS Container Lines, Karuppiah adalah pengarah Green Valleys Resources, Kanesan adalah pengarah Pandan Cerah dan Murugesu adalah pekerja syarikat yang memberi perkhidmatan pengangkutan kepada Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia.

Adli membenarkan Shanmugam dibebaskan dengan jaminan RM93,000 bagi kesemua pertuduhan, Yap dibebaskan dengan jaminan RM46,000, Sugumaran dibebaskan dengan jaminan RM23,000, Karuppiah dibebaskan dengan jaminan RM15,200, Murugesu dibebaskan dengan jaminan RM14,400 dan Kanesan dibebaskan dengan jaminan RM5,600.

Mahkamah turut menetapkan 26 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rizal Azani Zainal Adzam sementara Shanmugam, Yap, Sugumaran, Karuppiah serta Kanesan diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi dan Mohamad Fuad Md Hussain manakala Murugesu diwakili peguam Purshotaman Puvanendran. – BERNAMA

Tags: Kes Tuntutan Palsu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tony Pua Gagal Ketepi Injunksi Sementara PM

Next Post

Tak Sokong Kekang Berita Palsu Ibarat ‘Suka’ Fitnah

Related Posts

Buat Tuntutan Palsu RM59,520, Empat Kakitangan Rela Didakwa

22/11/2021
0

ALOR SETAR: Empat kakitangan tetap Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengaku tidak bersalah atas tuduhan membuat tuntutan palsu bagi elaun penugasan...

Pembantu Tadbir Didakwa Buat Tuntutan Palsu Rawatan

29/03/2019
0

KUANTAN - Seorang pembantu tadbir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 32 tuduhan membuat tuntutan...

Next Post

Tak Sokong Kekang Berita Palsu Ibarat 'Suka' Fitnah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd