• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dalang Sindiket Dokumen Antarabangsa Palsu Ditahan

oleh AK-47
14/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Dalang utama sindiket pemalsuan dokumen antarabangsa yang aktif sejak kira-kira dua tahun lepas, ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Ampang, Selangor, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata lelaki berumur 44 tahun itu pakar dalam melakukan pengubahsuaian pasport Indonesia, Bangladesh dan Pakistan.

Beliau pada sidang media selepas majlis Tamat Latihan Kursus Asas Pasukan Khas Jabatan Imigresen di sini hari ini berkata, suspek turut buat pengubahsuaian dokumen buku nikah dan Surat Perjalanan Laksana Pasport (SPLP).

Beliau berkata lelaki terbabit akan menerima tempahan melalui kenalannya dari Indonesia atau yang berada di Malaysia atau individu dibawa kenalannya sahaja.

“Pasport yang sudah tamat tempoh atau milik orang lain diubah suai mengikut kehendak pelanggan. Suspek juga menyeludup masuk pasport palsu dari Indonesia untuk tujuan pasaran di Malaysia,” katanya.

Mustafar berkata dalam serbuan bermula 10 malam hingga tengah malam tadi, pihaknya menemui antaranya 70 koyakan butiran utama penama pasport Indonesia, 32 pasport Indonesia, enam pasport Bangladesh serta dua pasport Pakistan, kesemuanya disyaki diubah suai.

Sejumlah cop keselamatan negara Indonesia disyaki palsu (cop keluar, cop masuk, cop kedutaan Indonesia); cop keselamatan Imigresen Malaysia iaitu cop masuk dan keluar Malaysia disyaki palsu serta cop keselamatan Singapura disyaki palsu juga dirampas, katanya.

Beliau berkata suspek mendapatkan bekalan pasport dan buku nikah dari Madura, Indonesia yang diseludup masuk secara berperingkat iaitu tiga hingga lima naskah bagi setiap perjalanan yang dibantu rakan senegaranya.

Menurutnya, satu pasport kosong yang dipalsukan dijual pada harga RM50, manakala selepas diproses sekitar RM200 hingga RM300 di pasaran Malaysia.

“Suspek juga menerima tempahan pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang dijual dengan harga RM50 hingga RM150 sekeping.

“Suspek mendapat bekalan pelekat PLKS daripada satu sindiket pemalsuan dokumen yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dengan harga RM30 sekeping,” katanya sambil menambah buku nikah kosong palsu dijual RM60 manakala yang diproses mencecah sehingga RM100.

Mustafar berkata dalang utama sindiket terbabit melakukan pengubahsuaian dokumen secara manual atau tradisional tanpa menggunakan peralatan canggih.

“Suspek menjadikan rumah sewanya sebagai pusat operasi dan pelanggan boleh terus ke rumahnya bagi membuat tempahan. Tempoh untuk menyiapkan satu dokumen adalah sekitar empat hingga 24 jam bergantung kepada stok bekalan,” katanya.

Anggaran jumlah keuntungan yang diperoleh suspek sekitar RM3,000 hingga RM5,000 sebulan manakala purata keuntungan sepanjang tempoh menjalankan kegiatan itu hampir RM80,000, katanya.

“Kita percaya akan ada lagi tangkapan membabitkan individu yang membantu dalang berkenaan,” katanya.

Mustafar menegaskan pihaknya memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan kegiatan seumpama iti yang boleh menggugat kedaulatan dan keselamatan negara.

“Jabatan Imigresen akan mengenakan tindakan tegas terhadap pelaku atau sindiket yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 atau Akta Pasport 1966,” katanya.

Pada program itu, 40 peserta tamat latihan, dan 20 daripadanya akan ditempatkan di Ibu Pejabat Imigresen di Putrajaya dan selebihnya di negeri-negeri mempunyai risiko keselamatan yang tinggi.

Pasukan Khas Jabatan Imigresen itu merupakan sebuah pasukan elit untuk menangani ancaman dalam serbuan berisiko tinggi melibatkan kegiatan jenayah rentas sempadan antaranya penyeludupan migran dan sindiket pemalsuan dokumen keselamatan jabatan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustafar AliditahanImigresen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Melecur Disimbah Petrol, Dibakar

Next Post

48,811 Dapat Biasiswa PTPTN RM1.47 Bilion

Related Posts

2 Beranak Ditahan Kes Mayat Bayi Dijumpai Dalam Tandas Stesen Minyak

2 Beranak Ditahan Kes Mayat Bayi Dijumpai Dalam Tandas Stesen Minyak

26/03/2025
0

SUNGAI BESAR: Polis menahan seorang wanita dan anak perempuannya bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki dalam mangkuk tandas...

Lelaki Ugut Bunuh Firdaus Wong Ditahan

Lelaki Ugut Bunuh Firdaus Wong Ditahan

23/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Polis menahan lelaki yang dipercayai menghantar mesej ugutan bunuh kepada seorang pendakwah menerusi laman sosial Facebook, pada Khamis...

Next Post

48,811 Dapat Biasiswa PTPTN RM1.47 Bilion

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd