• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Sejuk Di Negeri Pantai Timur Mungkin Berulang

oleh Ahmad Albab
18/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CUACA sejuk yang dialami di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia merupakan fenomena sementara tetapi keadaan itu boleh berulang sekiranya angin sejuk monsun timur laut dari Siberia, China melalui Semenanjung Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Alui Bahari berkata cuaca sejuk dan kabus tebal di negeri-negeri Pantai Timur, pedalaman Kedah dan utara Perak telah kembali normal sejak 12 Februari dengan bacaan suhu minimum harian di stesen-stesen Meteorologi mencatatkan suhu 20 darjah Celsius ke atas.

Katanya cuaca sejuk ini mungkin boleh berulang pada bulan Februari tahun depan sekiranya berlaku pergerakan tiupan angin sejuk monsun timur laut dari China dan langit tidak berawan pada waktu malam.

“Secara klimatologi, bulan Februari merupakan tempoh suhu minimum harian yang terendah berbanding bulan-bulan lain di negeri-negeri Pantai Timur, pedalaman Kedah dan utara Perak,” katanya kepada Bernama hari ini.

Alui berkata demikian bagi mengulas laporan media baru-baru ini bahawa Kuala Krai pada 11 Februari lepas telah mengalami cuaca luar biasa dengan mencatatkan suhu suhu terendah iaitu 18.4 darjah Celsius.

Beliau berkata cuaca sejuk yang berlaku dari 9 hingga hingga 11 Februari di Kelantan itu, turut dirasai di Terengganu dan Pahang selain kawasan pedalaman Kedah dan utara Perak.

Sementara itu, Alui berkata MET Malaysia dari semasa ke semasa mengeluarkan amaran jika berlaku kabus tebal akibat cuaca sejuk dan laut bergelora yang menyebabkan tidak selamat untuk aktiviti pergerakan pengangkutan di laut dan udara.

“Maklumat mengenainya akan disalurkan kepada orang ramai dan pihak yang berkaitan antaranya Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Laut Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan berulangnya Taufan Tembin yang melanda Filipina pada Disember tahun lepas dan kesannya kepada Sabah, Alui berkata pada ketika ini terdapat satu siklon tropika iaitu Ribut Tropika Sanba di tenggara Filipina.

Justeru itu, MET Malaysia akan mengeluarkan amaran cuaca dari semasa ke semasa untuk negeri Sabah sekiranya hujan lebat dan angin kencang diramalkan berlaku di negeri tersebut, katanya. – BERNAMA

Tags: Meteorologisejuk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Larian Paling Sejuk Di Dunia Dengan Suhu -52 Celsius

14/01/2019
0

SERAMAI 16 peserta berani menyahut cabaran larian paling sejuk dalam sejarah, di perkampungan Oymyakon di Rusia, yang turut dikenali sebagai...

Gempa Bumi Sederhana Melanda Rantau Sumbawa, Indonesia

06/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 Skala Richter menggegar Rantau Sumbawa, Indonesia pada 2.43 petang tadi. Jabatan Meteorologi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd