• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Berdepan Jepun Di Final BATC 2018

oleh Ahmad Albab
10/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Biarpun tidak membariskan pemain utama, skuad China masih unggul apabila mara ke pentas akhir kategori wanita pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2018 di Stadium Sultan Abdul Halim di sini.

Pada aksi separuh akhir berlangsung hari ini, China mara ke final selepas menumpaskan Korea Selatan 3-1, dengan mata pertama diperoleh menerusi Chen Yufei yang mencatat kemenangan 21-14, 21-15 ke atas Sung Ji Hyun .

Pasangan beregu Lee So Hee-Shin Seung Chan, bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan buat Korea Selatan selepas menewaskan gandingan China Dong Wenjing-Feng Xueying 21-13, 21-9.

Namun, China kembali di hadapan menerusi He Bingjiao yang mengatasi Lee Jang Mi 21-19, 21-19.

China mengesahkan tempat ke final selepas Cao Tong Wei-Zheng Yu menyumbangkan mata kemenangan setelah mengalahkan Chang Ye Na- Kim Hye Rin 21-17, 21-14 dalam masa 41 minit permainan.

Sementara itu, Ketua jurulatih Jepun Park Joo-bong percaya anak buahnya dalam kedudukan terbaik untuk menghadapi China pada perlawanan akhir esok.

“Pemain terbaik mereka tidak beraksi pada kejohanan ini, tetapi mereka juga pemain yang bagus. Saya tidak pernah melihat mereka beraksi, hanya pada kali ini. Sudah tentu perlawanan yang sengit bagi kami esok.

“Prestasi pemain kami semakin meningkat sejak tahun lepas, dan saya percaya mereka mampu beraksi dengan baik pada perlawanan akhir itu,” katanya.

Terdahulu dalam satu lagi aksi separuh akhir, Jepun mara ke final selepas membenam Indonesia 3-0. – BERNAMA

Tags: Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC)
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penat Kerja, Posmen Ini Buang Surat Ke Tong Sampah

Next Post

Erat Hubungan, Mira Ada Game Dengan Ahli Fan Club

Related Posts

Malaysia Gagal Ke Final, Tewas 1-3 Kepada China

11/02/2018
0

ALOR SETAR - Skuad lelaki negara gagal ke final apabila tumpas 1-3 kepada China pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton...

Indonesia Berputih Mata Ke Pentas Akhir BATC

10/02/2018
0

ALOR SETAR - Pasukan wanita Indonesia berputih mata untuk beraksi di pentas akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2018 apabila...

Next Post

Erat Hubungan, Mira Ada Game Dengan Ahli Fan Club

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd