• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Kurang Kadar Levi, Tol Di Linkedua Ke Kabinet

oleh AK-47
07/02/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Cadangan pengurangan kadar levi dan tol bagi kenderaan perdagangan di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pengurangan kadar tol dan levi itu bertujuan menarik lebih banyak kenderaan perdagangan menggunakan Linkedua yang seterusnya mengurangkan kesesakan trafik di Tambak Johor.

“Usaha ini dijangka dapat mengurangkan sehingga 40 peratus kenderaan perdagangan di Tambak Johor,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Isu Kesesakan di Tambak Johor dan Linkedua di sini hari ini.

Kadar levi bagi kenderaan perdagangan di Linkedua sekarang ialah RM200.

Menurut Ahmad Zahid, pergerakan individu keluar masuk melalui jalan darat Malaysia-Singapura ketika ini adalah antara 300,000 hingga 400,000 orang pada setiap hari dan meningkat kepada lebih 500,000 pada musim perayaan.

Ahmad Zahid berkata mesyuarat hari ini turut memutuskan untuk membuat permohonan kepada Kabinet supaya jawatankuasa itu dinaik taraf kepada badan bertindak khas bagi menyelesaikan masalah kesesakan di Tambak Johor dalam jangka panjang. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

7 Individu Direman Bantu Kes Rasuah RM44 Juta

Next Post

Wanita Maut Lepas Disumbat Car Jack Oleh Perogol

Related Posts

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

Tak Perlu Timbul Lagi Isu Tuntut DAP Mohon Maaf Kepada UMNO – Zahid

Tak Perlu Timbul Lagi Isu Tuntut DAP Mohon Maaf Kepada UMNO – Zahid

08/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan isu permohonan maaf daripada DAP kepada UMNO seperti yang dibangkitkan Ketua...

Next Post

Wanita Maut Lepas Disumbat Car Jack Oleh Perogol

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd