• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bumbung Pasar Raya Diterbangkan Puting Beliung

oleh AK-47
17/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pengunjung sebuah pasar raya di sini lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri selepas bumbung pasar raya dua tingkat itu diterbangkan oleh angin puting beliung dalam kejadian di Bandar Baru Air Itam, di sini, hari ini.

Ketika kejadian jam 2.40 petang itu, orang ramai sedang sibuk membeli keperluan untuk menyambut Tahun Baharu Cina esok.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinangberkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.45 petang dan jentera pertama tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian.

“Sebaik tiba orang ramai dilihat sudah berkumpul di luar pasar raya itu dan kebanyakkan pengunjung masih terkejut serta panik kerana menyangka bangunan akan runtuh,” katanya.

Katanya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu kerana bumbung yang diterbangkan itu jatuh di kawasan bersebelahan pasar raya berkenaan.

Sementara itu, seorang pengunjung, Teh Sim Chong, 43, berkata semasa kejadian beliau sedang memilih beberapa barangan di bahagian sejuk beku kerana mahu dijadikan juadah jamuan malam sempena sambutan Tahun Baharu Cina malam ini.

“Mula-mula saya dengar angin kuat, lepas itu bunyi kuat macam bangunan hendak runtuh dan dalam masa yang sama ramai orang dalam pasar raya lari kerana takut.

“Saya terus lari keluar dari pasar raya kerana bimbang bangunan runtuh, bila dah keluar baru tahu bumbung bangunan (pasar raya) diterbangkan puting beliung. Tapi nasib baik tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: puting beliung
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Forex BNM: 27 Sudah Dipanggil Polis

Next Post

Lelaki Melecur Akibat Letupan Tong Dram

Related Posts

Puting Beliung Disebabkan Ribut Petir

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR: Puting beliung berlaku disebabkan pertembungan angin yang boleh menjana pusaran angin pada awal pembentukan ribut petir. Pakar Klimatologi,...

Korban Puting Beliung Di Kentucky, AS Mungkin Cecah 100 Orang

12/12/2021
0

ANKARA: Angka korban akibat puting beliung yang melanda Kentucky, Amerika Syarikat mungkin meragut sehingga 100 nyawa, kata gabenor negeri itu,...

Next Post

Lelaki Melecur Akibat Letupan Tong Dram

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd