• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buku Teks Digital Masih Dalam Tempoh Percubaan

oleh AK-47
19/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Buku teks digital, yang sedang dibangunkan menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), masih dalam tempoh percubaan.

Timbalan Menterinya Datuk Chong Sin Woon berkata pihak KPM sedang mengkaji kesesuaian perisian yang akan digunakan buku teks digital itu, bagi membolehkan ia menggantikan buku teks bercetak yang sedang digunakan pelajar buat masa ini.

“Selain dapat menyelesaikan isu beg berat, penggunaan buku teks digital akan menjadikan pelajar lebih berinteraktif.

“Bagaimanapun kita sedang menunggu impaknya dan kita akan lihat sama ada ia berbaloi atau sesuai untuk dilaksanakan sepenuhnya kerana ia melibatkan kos yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Persatuan Gabungan Keturunan Cina Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Seri Lim Chin Fui.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai persiapan MCA negeri dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Chong berkata persiapan partinya berada dalam prestasi terbaik.

“Kalau nak dibandingkan dengan PRU lepas, kali ini kita jauh lebih bersedia untuk menghadapi PRU14. Kita mempunyai satu barisan kepimpinan yang baharu, muda dan dinamik bawah kepimpinan Lim.

“Kita sering mengadakan perbincangan, bengkel dan mesyuarat untuk merapikan lagi kerja-kerja kempen parti,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai video klip kontroversi Wee Meng Chee atau Namewee yang berjudul ‘Like A Dog’ baru-baru ini, beliau berharap semua pihak dapat bertenang dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk melakukan siasatan terperinci.

“Saya masih belum melihat video itu, bagaimanapun saya menyeru rakyat Malaysia untuk menghasilkan video yang dapat memberi mesej positif,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Chong Sin Woon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Tuisyen Tambahan PNP Di Sekolah

26/04/2018
0

SEREMBAN – Pelajar perlu menjadikan tuisyen sebagai tambahan bagi proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) yang diajar guru semasa di sekolah,...

Pelbagai Pihak Zahir Penghargaan Hari Wartawan

11/04/2018
0

KUALA LUMPUR – Pelbagai pihak hari ini menzahirkan penghargaan mereka kepada warga pengamal media di negara ini bersempena Hari Wartawan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd