• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boling Intai Satu Emas Sukan Asia 2018

oleh AK-47
19/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad boling negara menyasarkan satu pingat emas pada Sukan Asia 2018 di Indonesia, Ogos ini, selepas tuan rumah temasya itu hanya menawarkan enam pingat emas berbanding 10 sebelum ini dalam sukan tersebut.

Ketua jurulatih, Holloway Cheah berkata empat acara tidak dipertandingkan kali ini ialah acara individu dan beregu lelaki serta individu dan beregu wanita.

Beliau berkata enam pingat emas yang menjadi rebutan ialah dalam acara trio lelaki dan wanita, berpasukan enam lelaki dan wanita serta acara Masters lelaki dan wanita.

“Pengurangan jumlah pingat emas merugikan Malaysia dan negara peserta lain….justeru, kita sasarkan satu pingat emas….biarpun tidak mudah tetapi saya percaya skuad negara mampu membanggakan nama negara nanti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Negara (MSN), di sini hari ini.

Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) mempertaruhkan skuad wanita yang merangkul pingat emas pada Kejohanan Dunia di Las Vegas, Disember lalu, bagi menghadirkan pingat emas buat Malaysia pada Sukan Asia 2018.

Cheah berkata cabaran skuad lelaki akan digalas oleh peserta berpengalaman Alex Liew, Rafiq Ismail, Timmy Tan, Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Adrian Ang dan Ahmad Muaz Fishol.

Skuad wanita pula terdiri daripada Shalin Zulkifli, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Esther Cheah, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Sin Li Jane dan Natasha Roslan.

Sebagai persediaan ke Sukan Asia, jurulatih itu berkata skuad wanita akan menyertai Cabaran Euro Brunswick di Jerman dari 10 hingga 18 Mac ini manakala skuad lelaki akan menyertai beberapa kejohanan di Singapura, Hong Kong dan Macau.

Mengenai peluang pada temasya Sukan Asia di Jakarta dan Palembang dari 18 Ogos hingga 2 Sept ini, beliau berkata skuad lelaki bakal menerima saingan sengit daripada peserta Korea Selatan, Jepun dan tuan rumah, Indonesia berbanding skuad wanita yang merupakan juara dunia. – BERNAMA

Tags: Holloway CheahSukan Asia 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan Asia 2018: Malaysia Pasrah Jumpa India

28/08/2018
0

JAKARTA - Skuad hoki lelaki negara pasrah terpaksa berdepan juara bertahan, India dalam separuh akhir Sukan Asia 2018, Khamis ini selepas...

Sukan Asia 2018: Pendekar Terus Berjuang Hingga Titisan Terakhir

28/08/2018
0

JAKARTA - Berjuang hingga titisan darah terakhir. Itu keazaman pesilat negara apabila akan turun merebut emas di Padepokan Pencak Silat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd