• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bil Air Tinggi, Syabas Benarkan Tangguh Bayaran

oleh Ahmad Albab
01/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penduduk Lembah Klang yang tidak bersetuju dengan bil air yang dikenakan keatas mereka bagi bulan Januari dan Februari 2018 boleh menangguhkan pembayaran bil air tersebut.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan media berkata, syarikat itu merekodkan peningkatan bilangan aduan bil tinggi daripada pelanggan sejak seminggu lalu.

“Syabas merekodkan peningkatan bilangan aduan bil tinggi daripada pelanggan berbanding bulan sebelumnya.Pihak kami memandang serius perkara ini.

“Pelanggan yang mempunyai keraguan mengenai bil air yang diterima untuk menghubungi Pusat Perhubungan kami di talian 15300, e-mel kami di [email protected],” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut Syabas, pelanggan terbabit bagaimanapun dikehendaki menyertakan nama penuh, nombor akaun dan nombor perhubungan atau salinan bil yang diterima atau hantar gambar bil air anda ke WhatsApp 019-2816793 / 019-2800919.

“Sementara menunggu siasatan dan pengesahan status bil yang diadukan, pelanggan boleh menangguhkan pembayaran bil air bagi bulan Januari dan Februari 2018,” kata Syabas.

Syabas seterusnya memberi jaminan bahawa bekalan air tidak akan dipotong kerana aktiviti pemotongan bekalan telah ditangguhkan hingga akhir bulan Mac 2018.

“Pihak kami mohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan dan akan mengambil tindakan perlu untuk menyelesaikan segala aduan dengan segera,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Syabas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Air: SPAN Salahkan Pengurusan Syabas Dahulu

27/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Kegagalan pengurusan terdahulu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) melakukan kerja penyelenggaraan berterusan sejak sekian lama...

Penduduk Klang Sengsara Ramadan Tanpa Air

09/05/2019
0

KLANG - Sambutan Ramadan bagi sebahagian besar penduduk daerah ini sedikit terjejas berikutan gangguan bekalan air susulan tiga paip utama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd