• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Berumah’ Dalam Kereta Lebih 12 Jam, Tunggu Berita Ibu

oleh Ahmad Albab
20/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota keluarga seorang daripada mangsa lemas di Sungai Gasi berhampiran Kem Sungai Buloh di sini, semalam terpaksa ‘berumah’ dalam sebuah kereta lebih 12 jam untuk mendapatkan perkembangan terkini kejadian itu.

Muhd Badrul Baharin Syamsul Azhar, 21, anak sulung kepada mangsa yang hilang, Jeleha Hashim, 48, berkata beliau bersama dua adik serta ibu saudaranya berada di atas jambatan berdekatan Pos Kawalan Bomba yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari tempat kejadian sejak pukul 9 malam tadi.

Katanya kali terakhir beliau menemui ibunya adalah pada hari Ahad lepas.

“Memang ibu kerap keluar untuk pergi memancing dengan ayah, Ahad lepas adalah kali terakhir saya lihat

Mereka kelihatan tidak berganjak dari kawasan berkenaan walaupun cuaca panas terik.

Sementara itu, Ibrahim Zailan, 45, abang kepada Silawati, 31, berkata beliau tidak menjangka adiknya merupakan antara mangsa dalam kejadian berkenaan.

“Sebelum pergi kerja lewat petang semalam saya lalu ke kawasan kejadian dan tahu ada kes lemas, tetapi tidak menyedari adik saya sendiri merupakan mangsa,” katanya.

Menurutnya, beliau hanya mengetahui adiknya terlibat dengan insiden itu selepas dimaklumkan isterinya kira-kira 8 malam tadi.

“Saya berada di sini dari semalam untuk tahu apa perkembangan buat masa sekarang…saya jarang jumpa dia sebab tinggal agak jauh,” katanya sambil mengalirkan air mata.

Ibu kepada dua anak itu dilaporkan memancing di kawasan berkenaan bersama suaminya Mohd Rizal Mat Desa, 31, bagaimanapun suaminya dapat menyelamatkan diri.

Jeleha dan Silawati antara tiga individu yang dilaporkan masih hilang ketika memancing semalam. Seorang lagi yang masih hilang ialah Rapawi Jum’ada, 37.

Semalam, mayat Hashir, 38, seorang warga Indonesia ditemukan kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian pada 9.49 malam manakala mayat Jamaluddin Rapawi, 14, yang lengkap berpakaian ditemukan tersangkut pada pokok pukul 1.26 pagi tadi, kira-kira sembilan kilometer dari lokasi kejadian di Sungai Gasi. – BERNAMA

Tags: lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd