• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersengkang Mata Hampir 24 Jam Untuk Cari Mangsa

oleh AK-47
21/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Demi tugas dan keselamatan orang awam, anggota bomba yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di Sungai Gasi berhampiran Kem Sungai Buloh dekat sini “bersengkang mata” hampir 24 jam dalam memastikan mangsa ditemui.

Penguasa Bomba Zon Shah Alam Shaharil Mohamad Hassan berkata sejak 6 petang semalam beliau telah terlibat dalam operasi berkenaan bagi mengatur gerak kerja pasukan itu.

Katanya, insiden sebegini bukannya asing baginya yang telah bertugas selama tujuh tahun bersama unit beruniform berkenaan.

“Saya tidak pulang sejak semalam kerana bertugas di sini… kami memang sudah biasa dengan operasi-operasi yang mengambil masa sebegini… semuanya dilaksanakan kerana tanggungjawab,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya, usaha mencari dan menyelamat tetap akan diteruskan sehingga semua mangsa ditemui.

Seorang lagi Penguasa Bomba dari Putrajaya Mohamad Issmanto Md Pono yang terlibat dengan operasi berkenaan sejak malam tadi berkata faktor letih harus ditolak ke tepi dalam memastikan tugas dapat dilunaskan sebaiknya.

“Ini kes lemas kedua yang saya terlibat dalam operasi hampir 24 jam…sebelum ini pada tahun sudah iaitu kes melibatkan tujuh individu lemas di KKB (Kuala Kubu Bharu),“ katanya yang bertugas sebagai anggota bomba selama 12 tahun.

Beliau yang bertugas di ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya berkata arus deras dan cuaca gelap antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh pasukan penyelamat untuk mengesan mangsa dalam operasi itu.

Operasi SAR hari ini dan semalam melibatkan 39 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (20), Pertahanan Awam Malaysia (lapan), Majlis Bandaraya Shah Alam (lapan), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) (tiga), Bomba Angkatan Tentera Malaysia (sembilan) dan Unit Pengurusan Bencana (enam).

Kejadian lemas kira-kira pukul 5 petang semalam meragut lima mangsa iaitu Hashir, 38, seorang warga Indonesia, Jeleha Hashim,48, Silawati Zailan, 31, dan Jamaluddin Rapawi,14 serta bapanya Rapawi Jum’ada,37, manakala tiga lagi mangsa terselamat iaitu Syamsul Azhar Ismail, 33, Rizal Mat Desa, 31, dan Tain Asik,31. – BERNAMA

Tags: Penguasa Bomba Zon Shah Alam Shaharil Mohamad Hassan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd