• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Meninggal Dunia Dipercayai Akibat Didera

oleh Ahmad Albab
07/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia di Hospital Taiping di sini pagi semalam, disyaki akibat didera.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohamad Taib berkata susulan itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 21 tahun bagi membantu siasatan ketika dia hadir di sebuah balai polis, di sini hari ini.

Bercakap pada sidang media di sini, beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada Hospital Taiping berhubung kejadian pada 10.25 pagi semalam selepas bayi itu, Nur Khayra Mohamad Amirul Asnil yang dirawat sejak 2 Februari lalu meninggal dunia pada 7.30 pagi.

“Difahamkan, doktor yang merawat mangsa telah bertanya kepada kedua-dua ibu bapa mangsa yang memberitahu anak mereka jatuh dari buaian dan dibawa ke hospital pada 6.30 petang hari berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pemeriksaan dijalankan dan hasil laporan imbas CT menunjukkan bayi tersebut mengalami pendarahan di bahagian otak serta di bahagian mata,” katanya.

Beliau berkata pemeriksaan fizikal terhadap tubuh bayi itu bagaimanapun tidak menemukan sebarang kesan lebam semasa dimasukkan ke wad dan pengadu mengesyaki ada unsur-unsur penderaan secara niat ataupun tidak.

Mohamad berkata hasil bedah siasat terhadap mayat bayi itu yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan di kepala akibat trauma tumpul.

Beliau berkata polis juga telah mengambil keterangan ibu bapa bayi tersebut yang masing-masing berusia 19 dan 21 tahun.

Kes disiasat menurut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Mengenai suspek yang ditahan, Mohamad berkata lelaki yang bekerja sebagai pengusaha kantin itu mempunyai satu rekod lampau mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki kenderaan curi. – BERNAMA

Tags: Dera Bayi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Abang Fahmi’ Tumpas Dalam Tempoh Sejam

Next Post

7 Individu Direman Bantu Kes Rasuah RM44 Juta

Related Posts

Bayi Mati Dengan 89 Kesan Dera Di Badan

12/11/2019
0

SEPANG - Polis menahan suami isteri dan seorang wanita bagi membantu siasatan kematian bayi lelaki berusia 23 bulan dipercayai didera...

Polis Minta Orang Ramai Beri Maklumat Video Dera Bayi

12/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung klip video kejadian seorang kanak-kanak dipukul...

Next Post

7 Individu Direman Bantu Kes Rasuah RM44 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd