• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantahan Malaysia Isu Diskriminasi EU Disokong

oleh Ahmad Albab
18/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia mendapat sokongan daripada beberapa negara utama Kesatuan Eropah (EU) berhubung pendiriannya menentang sebarang langkah bersifat diskriminasi terhadap minyak sawit.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong berkata perkara itu disampaikan kepadanya semasa beliau mengetuai delegasi Malaysia pada Perundingan Minyak Sawit Malaysia-EU di Eropah baru-baru ini.

Resolusi Parlimen Eropah pada 17 Jan menggesa agar minyak sawit dikeluarkan daripada program biofuel EU menjelang 2020 kerana mendakwa pengeluaran minyak itu memusnahkan hutan.

“Saya ke sana untuk berjumpa dengan menteri mereka bagi menyampaikan mesej bahawa Malaysia mahukan layanan secara adil dari segi perdagangan. Isu ini penting bagi kami kerana 40 peratus daripada pengeluar minyak sawit kami terdiri daripada pekebun kecil dan keputusan itu akan menjejaskan sumber pendapatan mereka,” kata Mah.

Mah yang juga Presiden Gerakan memberitahu demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran parti itu di sini, hari ini.

“Kami mahu mereka tahu bahawa minyak sawit merupakan industri yang dikawal selia secara ketat di negara ini dan kami mempunyai satu dasar mampan untuk melindungi hutan kami,” kata Mah sambil menjelaskan bahawa beliau mendapat komitmen daripada beberapa negara untuk menentang sekatan yang dicadangkan itu.

Dalam kenyataan sebelum ini, Mah berkata kerajaan Malaysia menentang resolusi berat sebelah itu, yang menindas minyak sawit berbanding minyak sayuran lain dan ia boleh menjejaskan sumber pendapatan 650,000 pekebun kecil sawit di Malaysia.

Sepanyol dilaporkan sebagai negara anggota EU terbaru yang menyuarakan bantahannya terhadap resolusi itu selepas Perancis, Sweden, United Kingdom (Angota Parlimen Konservatif— sebahagian daripada parti pemerintah pimpinan Perdana Menteri United Kingdom Theresa May), Jerman dan Belanda. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mah Siew Keong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gerakan Akan Dipimpin Muka Baharu – Mah

07/10/2018
0

IPOH - Pemilihan pada Persidangan Perwakilan Kebangsaan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang akan berlangsung pada 17 Nov depan akan...

Mah Siew Keong Umum Letak Jawatan Presiden Gerakan

16/09/2018
0

SEREMBAN - Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini mengumumkan secara rasmi perletakan jawatannya sebagai presiden Gerakan. Mah berkata ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd