• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bagaimana Mahu Jadi Kerajaan, Kerusi Pun Berebut

oleh Ahmad Albab
14/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini mempersoalkan kredibiliti Pakatan Harapan yang bercita-cita mahu menjadi kerajaan namun pada masa yang sama tiada tolak ansur membabitkan parti komponen masing-masing.

Mohd Amar berkata rakyat kini mulai menilai tindakan pakatan tersebut yang ‘berbalah’ secara terbuka terutama membabitkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk di Kelantan.

“Jadi kalau kita sebagai pengundi tentulah kita merasa ragu untuk pilih Pakatan Harapan sebagai kerajaan sebab mereka tak boleh tunjukkan sikap tolak ansur dalam menguruskan parti mereka sendiri.

“Jadi macam mana nak jadi kerajaan yang baik dan berkesan?” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Isnin lepas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahagian Kota Bharu dilaporkan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kekangan yang dihadapi parti itu termasuk dalam isu pembahagian kerusi DUN yang didominasi Parti Amanah Negara (Amanah).

Menurut laporan sebuah portal berita, difahamkan telah enam kali Pakatan Harapan Kelantan mengadakan pertemuan untuk pembahagian kerusi DUN namun masih belum selesai.

Menurut laporan portal berkenaan yang memetik sumber, daripada 45 DUN masih tinggal 14 kerusi yang belum diberi kata putus untuk diberi mandat kepada mana-mana parti dalam HARAPAN, antaranya membabitkan seperti DUN Demit, Kemahang, Tawang, Kijang dan Kemuning.

Portal tersebut turut dipetik melaporkan setakat rundingan yang berlangsung pada 10 Feb lalu, dikatakan Amanah ditetapkan akan bertanding di 17 DUN, manakala lapan kerusi pula akan menjadi milik PPBM, lima kerusi ditetapkan untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan satu kerusi diisi DAP.

Portal tersebut dilaporkan berkata bagaimanapun baki 14 kerusi lagi belum dapat diselesaikan kerana berlaku tuntutan bertindih antara parti-parti berkenaan.

Ditanya adakah perebutan kerusi tersebut berlaku kerana pucuk pimpinan PPBM yang terlalu tunduk dengan desakan DAP, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata kemungkinan tersebut boleh berlaku.

“Boleh jadi (kepimpinan PPBM tunduk kepada DAP), tapi isu yang besar, kalau mereka tak boleh selesai dengan baik, macam mana mereka nak jadi kerajaan yang baik dan berkesan. Itu persoalan yang besar dan rakyat melihat perkara ini dan menilai.

“(Parti dalam Pakatan Harapan) juga mungkin tamak kepada kerusi kerana masing-masing berasa kuat. Masing-masing nak kerusi lebih. Itu yang jadi isu besar pada pandangan saya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Amar Nik Abdullahpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Kenapa PN Dan PH Kalah Teruk?

21/11/2021
0

Ini sekadar rumusan awal, jangan serius dan sentap pulak. Pertama, mereka ketandusan idea. Tiada tawaran yang benar² boleh menarik perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd