• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azhael Gamatkan Majlis Perkahwinan Fizi Ali

oleh Haris
19/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UMUM mengetahui pasangan duo, Azhael yang terdiri daripada Azhar Osman dan Hael Husaini sudah berpecah dan kedua-dua penyanyi tersebut kini membawa haluan masing-masing di dalam industri muzik.

Buat masa ini, tuah lebih menyebelahi Hael apabila kariernya kini sebagai penyanyi solo dilihat lebih menonjol berbanding Azhar.

Ini dapat disaksikan dengan kemenangan Hael di Anugerah Juara Lagu ke-32 tempoh hari.

Namun, pada majlis perkahwinan penyampai radio Suria FM iaitu Fizi Ali dan isterinya Shakilla Khoriri yang diadakan pada Ahad, kemunculan Azhael yang membuat persembahan secara spontan nyata menggamatkan majlis perkahwinan tersebut.

Kemunculan Azhael menyanyikan lagu hit mereka sebelum ini berjudul Hujung Waktu dilihat mendapat perhatian tetamu yang teruja melihat persembahan spontan mereka di majlis perkahwinan tersebut.

Sebelum Azhael membuat persembahan mereka, Hael terlebih dahulu melakukan persembahan menerusi lagu berhantunya, Jampi yang kemudian disertai Azhar di majlis itu.

Hael memuat naik video pendek persembahan mereka di majlis perkahwinan itu di laman Instagram miliknya yang dihujani dengan komen peminat duo itu yang berasa rindu akan gabungan mereka.

Sehingga kini, perkongsian Hael di Instagram itu mendapat lebih 250,000 tontonan serta 800 komen daripada peminat.

Rata-rata peminat meluahkan rasa rindu terhadap gabungan suara yang lahir daripada program realiti Akademi Fantasia 2013 terbitan Astro itu.

Tidak kurang juga segelintir daripada mereka yang  berharap persembahan itu akan membuatkan kedua-dua penyanyi itu bergabung semula atau sekurang-kurangnya merakam single baru untuk Azhael.

“Impromptu pun power teruk. Buat comeback please Azhael,” komen seorang pengguna pada perkongsian Hael itu.

“Lepasni buat satu lagu baru Azhael duet please,” tulis seorang lagi peminat mereka.

Setahun lalu, Hael membuat pengumuman untuk mengundurkan diri daripada kumpulan duo itu selepas membuat perbincangan bersama pihak pengurusan Astro Talent Management serta turut meminta maaf kepada peminat Azhael di Instagramnya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: AzhaelazharHael Husaini
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AJL33: Hael, Ezra Kong Rangkul Anugerah Lagi

04/02/2019
0

LAGU ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul Haram muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33) yang berlangsung...

Jadikan Faizal Sebagai Sifu, Hael Ada Cara Sendiri

27/05/2018
0

SEBAGAI komposer baharu yang sedang meniti populariti, Hael Husaini akui bahawa dia cuba untuk ikut formula yang digunakan oleh penyanyi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd