• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Berangkat Ke Majlis Labuan Berselawat

oleh AK-47
11/02/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke Majlis Labuan Berselawat dan Program Ilmiah yang berlangsung di Dewan Konvensyen, Kompleks Ujana Kewangan Labuan di sini malam sempena lawatan rasmi baginda selama dua hari ke Labuan.

Baginda yang memakai jubah dan kopiah berwarna putih berangkat tiba pada 8.25 malam dan disambut oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan anggota Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.

Seri Paduka menyertai bersama lebih 2,000 orang pada majlis itu, iaitu satu daripada program yang diatur sempena lawatan baginda dan Hari Wilayah Persekutuan.

Program Ilmiah dengan tajuk “Melahirkan Wilayah Baldatun Thoyyibatun” menampilkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Datuk Badli Shah Aludin sebagai anggota panel.

Ini merupakan lawatan sulung Seri Paduka ke Labuan selepas ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 untuk penggal selama lima tahun pada 13 Disember tahun lepas.

Baginda akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada malam yang sama. – BERNAMA

Tags: Agong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bagaimana Mahu Tadbir Jika Parti Sendiri Tak Mampu

Next Post

Rumah Mikro Kini Ada Di Kuala Lumpur

Related Posts

‘Saya Akan Tarik Balik Darjah Penerima Yang Cemar Nama Negara’ – Agong

‘Saya Akan Tarik Balik Darjah Penerima Yang Cemar Nama Negara’ – Agong

07/09/2024
0

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini memberi amaran akan menarik balik darjah kebesaran, bintang dan pingat...

Kedaulatan Negara Tergadai Jika Pegawai Tentera Amal Rasuah – Agong

Kedaulatan Negara Tergadai Jika Pegawai Tentera Amal Rasuah – Agong

17/08/2024
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah kedaulatan dan maruah negara akan tergadai jika rasuah dan salah guna...

Next Post

Rumah Mikro Kini Ada Di Kuala Lumpur

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd