• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adam, Aaleph Nama Bayi Kembar Zizie, Bung Mokhtar

oleh
02/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASMI… Datin Seri Zizie Izette yang juga isteri Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin mengumumkan nama anak kembar mereka, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette.

Berita gembira tersebut diumumkan menerusi laman Instagram aktres tersebut. Menerusi entri di akaun sosial berkenaan, Zizie telah berkongsi buat pertama kali gambar anaknya yang kini berusia sebulan satu hari.

“Salam dan hello kepada semua. Inilah hero kami. Aadam Zac Izette (atas) dan adik lelakinya Aaleph Zeke Izette. Gambar ini dirakam ketika mereka baru berusia 20 hari.

“Alhamdullilah, hari ini mereka sudah berusia sebulan sehari. Terima kasih diucapkan atas kiriman doa-doa anda dalam komen sebelum ini. Semoga Allah merahmati anda semua,” tulisnya.

Bayi kembar itu dilahirkan pada 29 Disember lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad, 39, mendirikan rumah tangga dengan Bung Mokhtar pada 2009.

Pasangan itu sudah pun ada dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, 7 bulan. Zizie merupakan anak kepada pelakon Khaty Fauziah dan bekas pegawai polis, Abdul Samad Jaaman.

Adik lelakinya iaitu Shaheizy Sam, 35, juga bergiat aktif dalam bidang lakonan serta telah pun berkahwin dengan juga seorang pelakon tempatan, Syatilla Melvin pada 2016 lalu.

Sebelum ini, Bung Mokhtar pernah berkata ingin menamakan nama Adam dan Alif untuk bayi kembar mereka, dan nyata, impian itu telah terlaksana. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Bung MoktarZizie Ezette
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Beri Bantuan Kepada Mangsa Letupan Mercun

Next Post

PM Serah Tawaran Haji 1,200 Peserta Tajaan Yayasan 1MDB

Related Posts

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

18/01/2025
0

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta kerajaan Sabah mengambil langkah serius...

Peguam Bung Tak Sihat, Rayuan Pendakwaan Tangguh

Peguam Bung Tak Sihat, Rayuan Pendakwaan Tangguh

29/07/2024
0

Prosiding rayuan terhadap pembebasan pemimpin Umno Sabah Bung Moktar Radin ditangguhkan susulan peguam tertuduh Bung Moktar Radin tidak sihat. IKUTI...

Next Post

PM Serah Tawaran Haji 1,200 Peserta Tajaan Yayasan 1MDB

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd