• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Murid Di Pasir Gudang Hidapi Influenza

oleh Ahmad Albab
08/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Enam murid dari empat sekolah rendah di Pasir Gudang, Johor disahkan menghidapi Influenza semalam.

Mereka adalah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chien Chi, SJKC Masai dan SK Taman Scientex.

Semasa mengesahkan perkara itu, Pengarah Pendidikan Johor Shaharudin Sharif berkata kesemua pelajar terbabit mengalami demam berpanjangan dan mempunyai simptom lain berkaitan Influenza.

“Saya telah dimaklumkan oleh sekolah-sekolah terbabit. Bagaimanapun, saya belum mendapat maklumat terperinci mengenai keadaan pelajar-pelajar terbabit,” katanya semasa dihubungi hari ini.

Murid-murid berkenaan dicutikan bagi mengelak penyakit itu merebak dan pihak pengurusan sekolah-sekolah yang terlibat sudahpun mengambil langkah-langkah yang sewajarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata seorang murid Tahun Dua SK Taman Dahlia dimasukkan ke hospital swasta pada Ahad lepas (4 Februari) dan disahkan menghidapi Influenza A.

Pesakit itu telah dibenarkan keluar hospital semalam, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ayub berkata selepas pihak sekolah dimaklumkan mengenai keadaan murid itu oleh ibunya, mereka telah mengambil langkah proaktif dengan memindahkan murid-murid sekelas dengannya ke bilik lain bagi meneruskan pembelajaran sementara bilik darjah asal dibersihkan.

Pejabat Kesihatan juga melakukan pengesanan kes lain di sekolah terbabit.

“Sehingga kini, hanya ada satu kes sahaja yang dikesan mengalami penyakit Influenza A di sekolah tersebut. Pejabat kesihatan akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa melalui klinik-klinik kesihatan terdekat,” katanya.

Ayub juga mengingatkan orang ramai supaya mematuhi langkah-langkah pencegahan seperti mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti membasuh tangan menggunakan air dan sabun atau mengguna sanitasi.

Mereka juga diminta segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, batuk, selsema, sakit tekak, sakit badan dan lesu. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Influenzamurid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

KPM Galak Pemakaian Pelitup Muka, Pantau Rapi Kes Influenza Di Sekolah

KPM Galak Pemakaian Pelitup Muka, Pantau Rapi Kes Influenza Di Sekolah

11/10/2025
0

NIBONG TEBAL - Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan pemakaian pelitup muka di sekolah sebagai langkah berjaga-jaga susulan peningkatan gejala penyakit berjangkit,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd