• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurus Felda Perlu Agresif, Kreatif Jawab Tuduhan

oleh Ahmad Albab
20/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Pengurus tanah rancangan Felda perlu lebih agresif dan kreatif bagi menjawab sebarang dakwaan serta persepsi negatif yang dibangkitkan pihak tertentu tentang agensi itu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Razali Ibrahim.

Beliau berkata perubahan landskap politik semasa memerlukan golongan yang paling hampir dengan para peneroka itu mengubah kaedah penerangan termasuk menggunakan media sosial bagi mengelakkan generasi Felda ‘terbuai’ dengan dakyah yang disebarkan.

Razali berkata terdapat banyak cerita baik dan kisah kejayaan Felda namun tidak diceritakan.

“Penjelasan tidak semestinya dibuat melalui sidang media sebaliknya perlu dipelbagai termasuk menghasilkan video atau cerita-cerita positif mengenai kejayaan Felda, yang kemudiannya boleh disebarkan kepada warga peneroka di bawah seliaan masing-masing,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Jawatankuasa Permuafakatan Produktiviti dan Kualiti (JPPK) 2018 di sini hari ini.

Seminar tiga hari bagi membincangkan isu berkaitan jual beli buah tandan segar (BTS) serta aktiviti bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pihak berkepentingan tentang kepentingan BTS itu disertai oleh lebih 800 peserta terdiri daripada 303 pengurus Felda, 177 pengurus Felda Technoplant dan selebihnya wakil peneroka dan pengurus kilang.

Razali berkata keadaan di mana dasar dan kejayaan Felda yang sebelum ini diterima secara terbuka oleh peneroka kini mula berubah ekoran sentimen negatif tentang institusi itu yang sering dimainkan pembangkang.

“Keadaan ini menuntut semua pengurus tanah rancangan terjun ke ruang yang cuba dikuasai pihak berkepentingan untuk memberi penerangan sekaligus membetulkan setiap dakwaan, persepsi atau fakta tidak betul yang menjadi alat propaganda dalam memburukkan Felda,” katanya.

Berhubung usaha pembangkang memainkan sentimen warga peneroka menolak kerajaan yang dinaungi Barisan Nasional (BN), Razali berkata ia adalah isu kitar semula yang sering dilaungkan ketika menjelang pilihan raya.

Jika keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lepas dijadikan ukuran, beliau percaya BN masih mendapat sokongan penuh warga Felda pada PRU14 nanti kerana pada PRU13 pelbagai fitnah, dakwaan serta serangan tidak berfakta dilakukan pembangkang terhadap institusi itu namun sokongan terhadap BN kekal padu.

“Di Felda terdapat 273 PDM (Pusat Daerah Mengundi) dan BN hanya kalah di tujuh PDM, satu bukti menunjukkan sokongan warga Felda kepada BN adalah kukuh,” katanya.

Pada PRU13, BN menang 50 kerusi Parlimen daripada 54 kerusi dan 81 daripada 92 kerusi Dewan Undangan Negeri yang mempunyai pengundi warga Felda. – BERNAMA

Tags: Datuk Razali Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek KLVC: Synergy Promenade Saman Razali

17/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat pemaju hartanah, Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) menfailkan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadap bekas...

Persediaan Jentera BN Jadi Keutamaan – Razali Ibrahim

17/04/2018
0

MUAR - Persediaan dan kelancaran gerak kerja jentera bagi pilihan raya mum ke-14 (PRU14) menjadi keutamaan kepada penyandang kerusi Parlimen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd