• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

48,811 Dapat Biasiswa PTPTN RM1.47 Bilion

oleh AK-47
14/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – Seramai 48,811 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) mendapat biasiswa berjumlah RM1.47 bilion daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) setelah memperoleh ijazah kelas pertama dalam pengajian masing-masing.

Pengurus Besar Kanan PTPTN, Abdul Ghaffar Yusop berkata jumlah berkenaan membabitkan penuntut yang membuat pinjaman PTPTN sejak 1997 hingga 31 Dis lepas.

“PTPTN menukar pinjaman RM1.47 bilion kepada biasiswa bagi menghargai kesungguhan penuntut sehingga mampu memperoleh ijazah kelas pertama dalam pengajian masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Cabutan Wow! 20 Tahun PTPTN Bulan November 2017 di Sekolah Kebangsaan Batu Melintang di sini, hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah, Datuk Abdul Aziz Derashid.

Abdul Ghaffar berkata di Kelantan sahaja, terdapat 2,445 pelajar berjaya mendapat biasiswa PTPTN yang membabitkan pinjaman RM60.52 juta.

Abdul Ghaffar berkata tahun ini, kerajaan persekutuan melalui PTPTN melipatgandakan pemberian geran sepadan secara percuma dengan dana RM250 juta kepada 500,000 ibu bapa terawal membuat simpanan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) untuk anak-anak berumur tujuh hingga 12 tahun.

“Ibu bapa yang membuat simpanan bersih sekurang-sekurangnya RM500 pada tahun ini, akan diberikan deposit percuma berjumlah RM500,” katanya.

Beliau berkata kerajaan memberi keutamaan terhadap rakyat untuk mendapat peluang pendidikan tinggi dan usaha itu juga untuk memberi kesedaran ​​​​​kepada masyarakat kepentingan menabung di peringkat awal.

Pada majlis tersebut, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Batu Melintang, Nik Muhamad Syahrulhamizan Nik Rokman memenangi hadiah RM10,000 dalam Cabutan WOW! 20 Tahun PTPTN.

Bapanya, Nik Rokman Nik Li, 36, tidak menyangka keputusannya untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) atas nama anaknya sejak enam tahun lalu membawa tuah.

“Saya agak terkejut apabila menerima panggilan daripada PTPTN baru-baru ini, memaklumkan mengenai kemenangan dalam cabutan bertuah ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Abdul Ghaffar YusopPTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd