• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

48 Pelajar Keracunan Selepas Nikmati Sarapan

oleh AK-47
22/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Empat puluh lapan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom di Sungai Petani, mengalami keracunan makanan dipercayai selepas menikmati sarapan pagi di asrama sekolah berkenaan pagi tadi.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda menerima maklumat kejadian loya, muntah, cirit-birit dan sakit perut dalam kalangan murid sekolah terbabit pada 9.15 pagi melalui Klinik Kesihatan Bakar Arang dan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani pada 9.30 pagi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati 48 pelajar terlibat, dengan 44 pelajar mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bakar Arang manakala empat lagi pelajar berada di zon kuning dan zon hijau, dan dirawat di Jabatan Kecemasan HSAH.

“Semua pelajar diberi rawatan sebagai pesakit luar manakala empat pelajar yang dirawat di HSAH dibenarkan pulang pada 2.30 petang tadi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Dr Norhizan berkata siasatan awal mendapati pelajar mula mengalami simptom loya, muntah, cirit-birit dan sakit perut padal 7 pagi selepas menikmati nasi goreng yang dimakan di asrama pada 6.45 pagi.

“Bilangan pelajar yang terdedah seramai 156 orang iaitu pelajar asrama perempuan Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan punca kejadian ini,” katanya.

Katanya Pejabat Kesihatan Daerah telah menjalankan pengesanan kes di sekolah dan pemeriksaan dapur asrama diperintah tutup di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Norhizan Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lewat Bina Hospital Pendang Akibat Perubahan Pelan

23/02/2018
0

SUNGAI PETANI – Kelewatan pembinaan Hospital Pendang disebabkan perubahan pelan asal serta penilaian semula kos selepas ditukar statusnya dari tidak...

Letupan Mercun: 4 Mangsa Masuk Ke Hospital Stabil

04/02/2018
0

ALOR SETAR - Empat individu yang dimasukkan ke wad Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani, selepas cedera akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd