• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20 Warga Filipina Dipenjara Guna Kad Pengenalan Palsu

oleh Ahmad Albab
14/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seramai 20 warga Filipina dipenjara antara dua dan sepuluh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mengaku salah atas tuduhan menggunakan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain, dua hari lepas.

Kesemua mereka membuat pengakuan secara berasingan di hadapan dua majistret, Azureen Sahira Saufee Afandi dan Noor Aisyah Ahmad, sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Azureen Sahira menjatuhkan hukuman penjara dua bulan terhadap empat tertuduh dan denda RM2,000 terhadap dua tertuduh lain atas pertuduhan menggunakan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain.

Mereka yang didenda ialah Annora Sarikin Jamlud dan Hisham Mar manakala tertuduh yang dipenjara ialah Napisah Ajantu, Muhmin Khalit, Masna Analan dan Suraidah Mukah.

Sementara itu, Noor Aisyah menjatuhkan hukuman penjara sepuluh bulan terhadap 14 tertuduh atas kesalahan sama iaitu menggunakan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain.

Hukuman penjara ke atas semua tertuduh berkuat kuasa dari tarikh penangkapan pada 12 Feb lepas dan mereka akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan pengusiran selepas selesai menjalani hukuman.

Kesemua tertuduh yang terdiri daripada 13 lelaki dan tujuh wanita itu, berumur antara 20 dan 42 tahun, dituduh melakukan kesalahan tersebut pada 12 Feb di Taman Rinting, dekat sini.

Mereka dituduh mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) dan boleh dihukum menerusi Peraturan-peraturan sama iaitu jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwaan Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya Mohd Fazdhly Abdul Razak dan kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: kad pengenalan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

25/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan dakwaan membabitkan beberapa warga Pakistan memperoleh kad pengenalan biru adalah aduan ditularkan semula....

Sindiket Warga Asing Guna Kad Pengenalan Warga Tempatan Tumpas

Sindiket Warga Asing Guna Kad Pengenalan Warga Tempatan Tumpas

21/12/2024
0

JOHOR BAHRU - Satu sindiket warga asing yang bekerja menggunakan kad pengenalan warga tempatan berjaya ditumpaskan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd