• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Warga Filipina Dipenjara, Denda

oleh Ahmad Albab
02/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang lelaki warga Filipina dipenjara enam bulan dan seorang lagi rakan senegaranya didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini, selepas masing-masing mengaku bersalah terhadap pertuduhan berbeza.

Dalam kes pertama, Abdullah Hawaji, 50, didakwa memiliki MyKad palsu atas nama Mohilin Ali dengan nombor kad pengenalan 670520-12-5767 beralamat Kampung Pancuran, Lahad Datu, Sabah.

Majistret Lee Kim Keat yang mendengar kes itu memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 27 Jan lalu.

Di satu lagi Mahkamah Majistret, Umar Baco, 51, dituduh memiliki resit laporan kehilangan kad pengenalan palsu atas nama Umar Baco, nombor kad pengenalan 580501-12-5295 beralamat Kampung Air, Semporna, Sabah.

Majistret Mohd Firdaus Salleh yang menjatuhi hukuman denda RM5,000 turut memutuskan hukuman penjara lima bulan jika tertuduh gagal membayar denda terbabit.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dalam kawasan Tangga Batu pada 27 Jan lepas menurut Peraturan 25(1)(e) Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kedua-dua kes dilakukan Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara Melaka Mohd Nasrom Yusof manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: Penjarawarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd