• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MPAK Mampu Pacu Kemajuan Ekonnomi Setempat

oleh Ahmad Albab
24/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri yakin program Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti (1MPAK) bakal meningkatkan pengupayaan rakyat dalam bidang keusahawanan sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi setempat ke tahap terbaik.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ini kerana pelbagai inisiatif seperti aspek pendidikan dan latihan kemahiran disediakan melalui program itu khusus untuk seseorang individu terbabit mendalami bidang keusahawanan.

Katanya, golongan belia terutamanya perlu merebut peluang tersebut kerana bidang keusahawanan mampu menjana keuntungan lumayan kepada seseorang individu.

“Saya yakin anak-anak muda pada hari ini mempunyai pelbagai kepakaran, kemahiran, idea baharu selain seiring dengan teknologi pada masa kini.

“Oleh itu ambil peluang yang ditawarkan 1MPAK ini untuk mengenali potensi dan minat anda, seterusnya kembangkan kepada idea perniagaan yang mampu menjana pendapatan lumayan,” katanya ketika berucap bersempena Program Fit Perak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Ahmad Said di sini hari ini.

​​​​​​​Program 1MPAK yang dilancarkan pada 27 Jan lalu di Pahang oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meliputi empat teras utama iaitu pendidikan, peluang pekerjaan, keusahawanan dan program tanggungjawab sosial korporat.

1MPAK dilaksanakan bertujuan meningkatkan taraf kehidupan dan pencapaian ekonomi masyarakat luar bandar terutama golongan berpendapatan rendah ke tahap lebih baik.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata 1MPAK yang berada di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan bekerjasama dengan Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) bertujuan menyediakan ruang pendidikan dan latihan bagi memudahkan golongan muda menempatkan diri dalam industri pekerjaan.

Katanya, perkara itu wajar diberikan pujian kerana MARA komited dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Mereka mahu kolaborasi dan bukannya bersaing dengan kita sebab mereka juga tahu kita ada PEKA. Jadi, saya harap kedua-duanya boleh bertindak dalam satu kumpulan selain melakukan tugas sepertimana diarahkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: 1MPAKDatuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

KPT Pantau Kebajikan Tujuh Pelajar Malaysia Di Iran

KPT Pantau Kebajikan Tujuh Pelajar Malaysia Di Iran

24/06/2025
0

LANGKAWI - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau keadaan tujuh pelajar Malaysia yang masih berada di Iran susulan ketegangan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd