• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

17 Maut Dalam Tembakan Rambang Di Florida

oleh Ahmad Albab
15/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARKLAND – Sekurang-kurangnya 17 mangsa maut dalam insiden tembakan rambang di sebuah sekolah tinggi di sini, namun suspek yang juga bekas pelajar sekolah terbabit berjaya diberkas.

Angka kematian itu disahkan oleh Sherif daerah Broward, Steve Israel.

Israel, berkata penembak berusia 19 tahun itu, yang dikenal pasti sebagai Nikolaus Cruz menyerah diri kepada pihak polis.

Menurut Israel, Cruz sebelum ini dibuang sekolah akibat masalah disiplin.

Terdahulu, stesen televisyen ABC News yang memetik sumber pihak berkuasa di lokasi insiden, melaporkan 15 mangsa terkorban, manakala CNN melaporkan 16 individu maut dalam tembakan itu.

Sebelum ini, pihak polis berkata, semua mangsa yang sudah dikenal pasti dihantar menerima rawatan di hospital tempatan.

Kejadian berlaku di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas di sini, yang terletak kira-kira 72 kilometer di utara Miami.

Insiden itu menyebabkan ratusan pelajar lari bertempiaran menyelamatkan diri, sebelum kawasan itu dipenuhi dengan puluhan anggota polis dan kakitangan perkhidmatan kecemasan.

“Penembak sudah berjaya ditahan. Keadaan masih terkawal,” kata jabatan sheriff daerah Broward dalam mesej di Twitter.

Sementara itu, penguasa sekolah-sekolah daerah Broward, Robert Runcie, berkata pihak sekolah di daerah itu tidak menerima sebarang amaran mengenai kemungkinan berlakunya insiden tembakan itu.

Runcie juga berkata, tiada bukti menunjukkan bahawa kejadian itu membabitkan lebih daripada seorang penembak.

Dalam pada itu, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkata, pihaknya akan membantu pihak berkuasa tempatan dalam menjalankan siasatan berhubung insiden itu. – Reuters/AFP/BH ONLINE

Tags: FloridaInsiden Tembakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Insiden Berdarah di Perairan Cuba, Bot AS Jadi Sasaran Tembakan….Empat Maut”

“Insiden Berdarah di Perairan Cuba, Bot AS Jadi Sasaran Tembakan….Empat Maut”

26/02/2026
0

HAVANA – Sekurang-kurangnya empat individu dilaporkan maut selepas pengawal sempadan Cuba melepaskan tembakan ke arah sebuah bot laju berdaftar Florida...

Mangsa Ke-11 Insiden Tembakan Di Los Angeles Meninggal Dunia

Mangsa Ke-11 Insiden Tembakan Di Los Angeles Meninggal Dunia

24/01/2023
0

GLOBAL | Mangsa kesebelas kejadian tembakan di Monterey Park di California, Amerika Syarikat meninggal dunia di sebuah pusat perubatan, lapor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd