• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Maut Wabak Cirit-Birit Menular Di Selatan Filipina

oleh Ahmad Albab
20/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Sepuluh orang, termasuk bayi berusia 11 bulan, meninggal dunia selepas dijangkiti wabak cirit-birit yang melanda Balabac, sebuah bandar di Palawan yang terletak di selatan Filipina, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa kesihatan pada Selasa.

Wabak cirit-birit yang melanda Balabac sejak beberapa bulan lepas, kini menjangkiti kira-kira 200 penduduk.

Pihak berkuasa menyalahkan air minuman tercemar sebagai punca penularan wabak cirit-birit itu selepas ia diuji positif koliform dan keadaan sanitasi yang teruk susulan kehadiran bakteria E. coli daripada sisa manusia dan haiwan di muka air tanah pekan itu.

“Hampir kesemua sumber air di Balabac adalah tidak sesuai untuk diminum selepas ia diuji positif koliform,” kata pegawai kesihatan wilayah, Mary Ann Navarro, dalam satu temu bual dengan akhbar Palawan News.

Pada September 2017, wabak cirit-birit melanda bandar Quezon di Palawan susulan pencemaran air minuman.

Dilaporkan bahawa empat orang maut manakala lebih 600 lagi telah dimasukkan ke hospital. – BERNAMA

Tags: cirit birit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Bijak Maut Selepas Balik Dari Lawatan Sekolah

11/11/2015
0

SINGAPURA - Seorang pelajar berusia 15 tahun dari Sekolah Tinggi Katolik meninggal dunia pada Sabtu, selepas pulang dari lawatan sekolah...

Dipecat Kerana Lepaskan ‘Angin’ Terlalu Busuk

09/10/2015
0

TRENTON (Amerika Syarikat) - Seorang lelaki menyaman bekas majikannya selepas dia dipecat kerana didakwa sering terkentut dan mengeluarkan bau yang sangat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd