• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Kolej Tingkatan 6 Mode 1 Akan Dibuka Dua Tahun Lagi

oleh Ahmad Albab
09/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA BERANG – Sebanyak 10 Kolej Tingkatan Enam Mode 1 di seluruh Malaysia akan dibuka dalam tempoh dua tahun dari sekarang.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penambahan Kolej Tingkatan Enam Mode 1 menjadikan jumlah kolej berkenan 20 buah di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, kolej tersebut hanya beroperasi di bangunan sedia ada dan tidak ada bangunan baharu akan dibina bagi kolej itu.

“Untuk jadikan ia sebagai sebuah Kolej Tingkatan Enam, ia perlu ada satu bangunan asing yang telah siap dibina untuk tempatkan pelajar-pelajar ini…mereka juga harus mempunyai pengurusan dan guru-guru sendiri, baru ia bolek dilaksanakan.

“Kami tidak buat bangunan baharu kerana ambil bangunan yang sedia ada. Contoh Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu ini dahulunya adalah bangunan untuk Sekolah Menengah (SMK) Kuala Berang tapi ditukar kepada Kolej Tingkatan Enam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolej Tingkatan Enam, Hulu Terengganu di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Anggota Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Jailani Johari, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia merangkap ADUN Telemong, Datuk Rozi Mamat dan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussain.

Sehingga kini, 10 Kolej Tingkatan Enam Mode 1 telah dibuka di seluruh negara. Kolej Tingkatan Enam Mode 1 adalah sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas yang menempatkan hanya murid-murid Tingkatan Enam sahaja dan diajar oleh guru-guru akademik yang telah dilantik sebagai guru Tingkatan Enam.

Mode 2 pula ialah sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas, beroperasi di sekolah arus perdana tetapi di blok atau bangunan yang berasingan dan ditadbir oleh Pengetua arus perdana dengan kerjasama Penolong Kanan Tingkatan Enam.

Mode 3 ialah sekolah yang mempunyai kurang daripada 12 kelas atau sekolah yang jauh daripada bandar, tiada kemudahan asrama atau pengangkutan awam dan beroperasi di sekolah arus perdana.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkesempatan melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Nibong, Hulu Terengganu yang dijadikan model sekolah penempatan sementara banjir.

“Sekolah berkenaan sebagai penempatan sementara mempunyai tandas sendiri dan turut diasingkan dari tandas yang sedia ada di bangunan sekolah tersebut. Tempat mandinya juga turut mempunyai kolam mandi agar ia mampu memberi keselesaan kepada mangsa banjir,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anak Dara Dirisik Netizen, Ini Nasihat ‘Padu’ Norman…

Next Post

Penjawat Awam Antara Dua Lelaki Ditahan SPRM Sabah

Related Posts

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

30/06/2018
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

Next Post

Penjawat Awam Antara Dua Lelaki Ditahan SPRM Sabah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd