• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zul Paling Serasi, Farah Mahu Kelainan Dalam Lakonan

oleh
16/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBAGAI pendatang muda yang namanya baru dikenali menerusi drama popular Titian Cinta, membuatkan Farah Nabilah ingin terus menjayakan watak dalam setiap drama lakonannya.

Baca: Popular Pasca-‘Titian Cinta’, Farah Takkan Lupa Diri

Bagi pelakon yang berasal dari negeri Kelantan itu, dia tidak mahu hanya terikat dengan watak lakonannya dalam drama tersebut bersama hero pujaan Malaya, Zul Ariffin sahaja.

“Saya akan cuba beri yang terbaik dalam menghidupkan sesebuah watak dan lakonan pada masa akan datang, sekali gus mengekalkan momentum kerjaya seni,” katanya dipetik daripada BH Online.

Farah, 25, malahan kini berazam untuk memperbanyakkan lagi karakter yang dibawanya agar penonton dapat melihat kepelbagaian bakatnya dari sisi lain pula.

Tak dinafikan, drama Titian Cinta sememangnya telah memberi impak yang besar dalam karier Farah sejak menceburi bidang seni sejak tahun 2011 lalu.

“Saya akan berusaha memperbaiki kelemahan yang ada, selain mempertingkatkan lagi mutu lakonan, agar ia lebih baik daripada drama Titian Cinta.

“Memang saya tak mahu peminat terikat dengan lakonan bersama Zul saja. Malah, saya akan cuba membawakan banyak lagi watak lebih menarik andai berpeluang nanti,” ujarnya.

Walaupun dikenali dalam masa singkat, Farah tidak pernah terfikir untuk mempunyai gandingan idamannya dalam setiap lakonan kerana baginya yang paling penting ialah dia dapat membawa watak tersebut.

Bahkan dia akan tetap cuba untuk mencari keserasian bersama dengan setiap gandingan baharu dirinya.

“Pada usia lakonan saya yang masih hijau, banyak lagi pengalaman perlu dicari. Jadi, setiap hari menjadi ruang terbaik untuk terus belajar,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Farah baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem Adakah Aku Bersalah bersama Hasnul Rahmat, Wilma, Shah Jaszle dan Oktovia Manrose bersempena Drama Festival Filem 2018.

“Bulan depan, saya akan berlakon pula dengan Aliff Aziz untuk drama siaran slot Akasia, Halalkan Hati Yang Kucuri.

“Selain itu, saya turut diundang menjadi artis jemputan dalam program masakan seperti Cerita Rasa Anis Nabilah dan 5 Rencah 5 Rasa. Malah, saya juga ada terbabit sebagai hos travelog program Jauhar Johor,“ tambahnya lagi.

Ternyata terbuktiklah bahawa tidak semestinya seseorang pelakon itu harus mempunyai nama dalam bidang seni jika ingin melariskan sesebuah karya.

Farah sendiri telah membuktikan bahawa pendatang baharu sepertinya juga mampu untuk memberikan impak yang besar dalam sesebuah drama yang dibawa. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Farah NabilahTitian CintaZul Ariffin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pak Arab Tipu RM500,000 Harta Karun 7 Unta

Next Post

Huawei Technologies Lantik CEO Baharu Di Malaysia

Related Posts

Zul Ariffin Disiasat Angkara Babak Lucah

22/03/2022
0

PUTRAJAYA – Pelakon, Zul Ariffin akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (KMM) susulan tindakan memuat naik klip...

Video Panas Mirip Zul Ariffin Pulak

12/12/2019
0

“SEDANGKAN muka Mark Zuckerberg pun orang boleh ‘deepfake’, inikan pula saya,” kata pelakon popular Zul Ariffin mengenai penularan video panas...

Next Post

Huawei Technologies Lantik CEO Baharu Di Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd