• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Pendidik Perlu Berpada-Pada Berpolitik

oleh Ahmad Albab
18/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengingatkan warga pendidik supaya berpada-pada dalam berpolitik agar tidak melanggar peraturan sebagai penjawat awam.

Katanya sebagai warga kerja kerajaan, mereka terikat dengan peraturan tertentu dalam perkhidmatan awam terutamanya berhubung hal yang bertentangan dengan dasar kerajaan.

Bercakap pada sidang media selepas menyampaikan perutusan tahun baharu kementerian itu di sini hari ini, Mahdzir berkata walaupun jumlahnya tidak ramai, kecenderungan mereka menunjukkan politik kebencian perlu diberi peringatan agar tidak berterusan.

“Walaupun ada dalam kalangan pendidik yang menyertai parti politik pembangkang, mereka perlu ‘fine tune’ dan meletakkan ‘buffer zone’ antara kerjaya dan ideologi politik agar tidak terlalu menyerlahkan watak pembenci dan antikerajaan,” katanya mengulas kecenderungan pendidik menaiki pentas pembangkang dan menyatakan secara terbuka perkara yang tidak disukai berkaitan kerajaan.

Katanya kementerian tidak berhasrat mengganggu warga pendidik terbabit sehingga perlu dipecat daripada perkhidmatan tetapi meminta mereka bertindak secara profesional selaku penjawat awam.

“Apa yang perlu ialah saling memahami peraturan dan batasan sebagai penjawat awam dan jika semua mengikut peraturan dan etika ditetapkan, maka setiap perkara akan menjadi lebih mudah,” katanya.

Menyentuh mengenai cadangan penyediaan lokar simpanan di sekolah yang boleh disewa bagi menyelesaikan masalah beg berat yang ditanggung murid, Mahdzir berkata walaupun boleh dilaksanakan langkah itu tidak praktikal kerana melibatkan tambahan kos kepada keluarga pelajar.

“Apabila libatkan tambahan kos, ia susah sikit dan pada saya lebih baik kementerian cari kaedah lain dalam menyelesaikan masalah tersebut,” katanya sambil menambah kajian untuk tujuan terbabit sedang dijalankan dan dijangka siap dalam tempoh sebulan.

Berkenaan isu persekolahan kanak-kanak tanpa kewarganegaraan, Mahdzir berkata mereka dibenarkan bersekolah dalam tempoh dua tahun sementara proses penyediaan dokumentasi diri dengan pihak berwajib diselesaikan.

“Jika tidak (selesai) keluarga mereka perlu merujuk semula kepada pihak sekolah dan kita akan lanjutkan tempoh kebenaran bersekolah, bermakna mereka tetap dapat bersekolah seperti biasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

30/06/2018
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd