• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Maut, Kereta Rempuh Tembok Pagar

oleh Ahmad Albab
18/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SITIAWAN – Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh tembok pagar sebuah rumah di Taman Seri Sentosa, Ayer Tawar, di sini malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Wong Sam, 75, dari Taman Sri Indah, Ayer Tawar, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Muhammad Hanif Othman berkata dalam kejadian pada 10 malam, mangsa yang menaiki kereta jenis Kia Spectra itu difahamkan dalam perjalanan dari pekan Ayer Tawar ke rumahnya.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa yang memandu kereta berseorangan dipercayai terbabas dan melanggar tembok rumah tersebut.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans dari klinik Ayer Tawar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Hanif berkata mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd