• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Peronda Dirempuh Pemandu BMW Mabuk

oleh AK-47
04/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tular menerusi media sosial video seorang anggota peronda lebuh raya syarikat Grand Saga cedera parah di bahagian kepala setelah dirempuh kereta dari arah belakang.

Kejadian ngeri yang membabitkan empat buah kenderaan itu dipercayai berlaku di sekitar Lebuhraya Cheras-Kajang, berdekatan Cheras Sentral, di sini, kira-kira jam 9 pagi Rabu.

Insiden yang dirakam seorang pengguna jalan raya itu menunjukkan mangsa yang berusia lingkungan 40-an terbaring menahan kesakitan, sambil menunggu ketibaan ambulans dari pihak hospital.

Kedengaran suara perakam video yang jelas mengatakan pemandu wanita yang menggunakan kenderaan BMW berwarna itu memandu dalam keadaan mabuk ketika kejadian.

“Habis jahanam, kereta Cina mabuk langgar, habis jahanam kereta peronda. Hilux dan motor dua biji hancur kena sondol dengan BMW.

“Ini celaka yang langgar, bodoh punya C*** pagi-pagi dah mabuk. Bawa kereta macam h***jadah,” katanya.

Difahamkan, kemalangan itu menyebabkan kesesakan jalan raya sepanjang kira-kira 5 kilometer buat pengguna yang melalui arah Kajang ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, netizen media sosial juga mencemuh sikap dua wanita terbabit yang dilihat hanya peluk tubuh berada di dalam kereta tanpa hirau keadaan mangsa yang nazak terkujur di atas jalan raya.

“Dah langgar orang boleh pulak buat selamba macam tak bersalah main phone, kurang ajar punya manusia,” tulis Hisha Md Razi.

Apa-apa pun netizen dinasihati untuk tidak menggunakan sentimen berbaur perkauman kerana kejadian berpunca akibat daripada sikap individu itu sendiri yang tiada rasa bertanggungjawab. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KajangkemalanganLebuhraya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd