• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

U-Kastam Diperkenal Di Semua Pelabuhan Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
31/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU — U-Kastam, sistem baharu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), akan diperkenalkan secara berperingkat di semua pelabuhan negara tahun ini.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri T. Subromaniam berkata sistem itu, yang menggantikan Sistem Maklumat Kastam (SMK) sedia ada, telah digunakan di Pelabuhan Klang Barat namun belum diperluas ke pelabuhan lain.

Beliau berkata ia akan dilaksanakan di Pelabuhan Klang Utara pada 1 Mac ini disusuli di Pelabuhan Johor, Pulau Pinang, Kuantan (Pahang), Sabah dan Sarawak menjelang akhir tahun.

Ia juga bakal diguna pakai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang.

”Kita jangka semua pelabuhan, tidak kira besar atau kecil, akan mengguna pakai sistem baharu ini bermula awal 2019 dalam usaha menambahbaik mutu perkhidmatan JKDM,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Kompleks Import Eksport Pelabuhan Johor di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MMC Port Holdings Sdn Bhd, Ian James.

Subromaniam berkata U-Kastam memberi kelebihan kepada pihaknya untuk memendekkan masa prosedur perkastaman tanpa ada ‘campur tangan manusia.’

“Dalam kata lain, ia lebih memudahkan kerana semuanya dibuat mengikut sistem dalam talian sekali gus menambah baik sistem penyampaian JKDM,” jelasnya.

Sementara itu, Ian berkata Kompleks Import Eksport itu akan menempatkan semua agensi kerajaan berkaitan perkhidmatan pelabuhan.

Bangunan tiga tingkat itu, yang dibina pada 2016 dengan perbelanjaan hampir RM12 juta, akan menempatkan JKDM, Jabatan Imigresen, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Pejabat Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Pejabat Perindustrian Kayu Malaysia (MITB), Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dan Bahagian Perkhidmatan farmasi.

“Kami percaya ia akan memudahkan perkhidmatan yang lebih selaras selain bertindak sebagai pusat sehenti pelepasan import dan eksport yang cekap dan berkesan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kastam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd