• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TTAM Sasar Sederhana Sukan Komanwel 2018

oleh Ahmad Albab
30/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) tidak meletakkan sasaran tinggi pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, April ini memandangkan mereka akan menurunkan pemain baharu.

“Kumpulan pemain ini sangat muda dan merupakan pemain yang sedang meningkat. Saya percaya mereka akan memberi yang terbaik. Dari segi prestasi, kami (TTAM) berharap mereka akan bermain dengan sebaik mungkin,” kata pengurus besarnya Soong Poh Wah ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Ping Pong di Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil hari ini.

“Dengan kumpulan pemain muda ini, kami menetapkan sasaran sederhana sahaja iaitu sampai ke peringkat suku akhir bagi kedua-dua pasukan dalam acara berpasukan,” katanya.

Bagi acara lelaki, TTAM menyenaraikan Leong Chee Feng, Muhamad Ashraf Haiqal Muhamad Rizal dan Javen Choong, manakala bagi pasukan wanita pula ialah Alice Chang, Tee Ai Xin, Karen Lyne dan Ho Ying.

Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast menawarkan tujuh acara ping pong iaitu perseorangan, beregu dan berpasukan masing-masing bagi lelaki dan wanita serta acara beregu campuran.

Soong berkata, pada mulanya, Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memberi lampu hijau kepada pasukan terdiri daripada tiga pemain lelaki dan tiga pemain wanita sahaja untuk menyertai sukan itu.

“Pada mesyuarat terbaru dengan MOM, kami merayu agar ditambah seorang lagi pemain bagi pasukan wanita serta dua lagi pemain penyerang dan ia diluluskan. Pada asasnya, seorang daripada pemain pasukan wanita merupakan pemain ‘chopper’ dan dua pemain lain adalah pemain penyerang. Dalam kategori wanita, terdapat acara beregu, maka dengan mempunyai seorang lagi pemain, kami akan mempunyai dua pasukan dalam acara itu,” katanya.

Menyentuh tentang persiapan pemain, Soong berkata pemain yang tersenarai itu akan menyertai kejohanan Perfect Malaysia Open pada 2 hingga 4 Feb di Starling Mall Damansara.

Selepas kejohanan itu, mereka akan berlepas ke China untuk menjalani latihan selama tiga minggu di Beijing dan Zhengding mulai 3 Mac, katanya.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam acara ping pong Sukan Komanwel setakat ini ialah memenangi pingat perak dalam acara berpasukan wanita di Glasgow pada 2014 melalui Beh Lee Wei, yang kini menjadi jurulatih kebangsaan, Ng Sock Khim, Lee Rou You dan Ho Ying , manakala pada edisi 2010 di New Delhi, Malaysia menang pingat gangsa dalam acara sama. – BERNAMA

Tags: Ping Pong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Minat Anggota Keluarga Kepada Ping Pong Dorong Gloria Bergelar Atlet

25/11/2018
0

IPOH - Minat seluruh anggota keluarga kepada ping pong menjadi faktor utama mendorong Gloria Gracia Wong Sze menceburi sukan itu...

Malaysia Tuan Rumah Kejohanan Ping Pong Dunia

01/08/2015
0

KUALA LUMPUR - Selepas 15 tahun, Malaysia kembali menganjurkan Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia (WTTC) untuk kali kedua tahun depan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd