• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tolong Saya Dapatkan Alum” – Rayu Seorang Ibu

oleh Ahmad Albab
24/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya mahu puteri saya tahu bahawa saya sedang mencarinya dan perlukan rakyat Malaysia membantu mengesannya”, kata Elizabeth Avalos, 27, warga Argentina dan ibu kepada Alum Langone Avalos, 7, yang dilaporkan diculik sejak Jun 2017 di negara itu.

Menurut laporan, bapa Alum didakwa menculiknya semasa di sekolahnya dan meninggalkan Argentina serta memasuki Malaysia secara haram tahun lepas dan dikatakan akhir sekali dilihat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan ketika itu sedang menuju Kulai, Johor.

Avalos dalam sidang akhbar di Kedutaan Argentina di sini hari ini berkata beliau berharap dapat mengakhiri derita akibat dipisahkan daripada satu-satunya anak perempuan beliau.

“Menerusi maklumat awam hingga kini, kami dapati ada tiga orang, termasuk seorang wanita yang mengembara bersama, pura-pura menampilkan diri sebagai keluarga bahagia.

“Seorang lelaki dari Kuala Pilah juga menghubungi kedutaan pada 17 Disember tahun lepas dan mendakwa beliau menemui mereka bersama seorang anak perempuan yang kelihatan amat keletihan. Itu maklmat terakhir yang kami dapat,” kata ibu yang teresak-esak itu yang telah berpisah dari temannya.

Avalos menyatakan beliau diberikan kuasa penuh menjaga anak itu selepas berpisah.

“Alum tidak ada sesiapa di sini… Bapanya boleh bertutur bahasa Perancis, Portugis, Itali dan Sepanyol. Beliau seorang ahli muzik dan kami dapat maklumat beliau bermain muzik di sebuah bar di Mersing, Johor,” katanya.

Sementara itu, Duta Besar Argentina ke Malaysia Manuel Balaguer Salas berkata pihak berkuasa Malaysia banyak memberi kerjasama kepada kedutaan dan berharap Alum dapat dikesan segera.

“Tetapi pihak berkuasa Malaysia tidak mempunyai maklumat tentang kemasukan mereka ke Malaysia, tetapi kami sedar mereka ada di sini kerana melihat mereka di media sosial,” katanya.

Alum mempunyai ketinggian 1.25 meter, rambut perang gelap dan mata berwarna hijau.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang di mana Alum berada boleh hubungi kedutaan di 012-2012464 or 03-21441451. – BERNAMA

Tags: Argentinakes culik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

23/07/2024
1

JOHOR BAHRU - Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco...

Argentina, Iran, Arab Saudi, Mesir, UAE Bakal Sertai BRICS

Argentina, Iran, Arab Saudi, Mesir, UAE Bakal Sertai BRICS

24/08/2023
0

MOSCOW : Argentina, Iran, Arab Saudi, Mesir dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) akan menjadi anggota baharu kumpulan BRICS (Brazil, Russia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd