• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TNB Hulur Bantuan Sekolah Kepada 100 Murid

oleh Ahmad Albab
21/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH – Seramai 100 murid daripada keluarga kurang berkemampuan di daerah ini menerima bantuan persekolahan menerusi program ‘Kembali ke Sekolah’ anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah.

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini, TNB memberi bantuan persekolahan iaitu sepersalinan baju seragam sekolah murid lelaki dan perempuan yang lengkap berserta tudung, bagi yang beragama Islam, kasut, stoking, alat tulis dan beg sekolah.

Majlis penyampaian kepada murid berusia antara tujuh hingga 12 tahun itu disempurnakan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pilah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Sembilan Datuk Norhayati Omar, di Dewan Datuk Bahaman, di sini, hari ini.

Pengurus Besar (Khidmat Pelanggan) TNB Negeri Sembilan, Wan Ishka Soed berkata program tersebut yang telah diadakan sejak tahun 2013, bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang ditanggung oleh ibu bapa untuk anak-anak memulakan sesi persekolahan pada tahun ini.

TNB memahami kekangan kewangan yang dihadapi oleh golongan ini dalam persiapan menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak, terutama kepada keluarga yang mempunyai anak yang ramai, katanya kepada Bernama di sini.

“Dengan adanya bantuan seperti ini, diharap murid akan lebih bersemangat dan berusaha gigih untuk belajar. Keuntungan yang diperoleh TNB setiap tahun kita berikan semula kepada masyarakat dalam bentuk CSR seperti ini dan di TNB kita ada pelbagai lagi CSR yang kita laksanakan,” katanya.

Bagi program hari ini, Wan Ishak berkata TNB membelanjakan kira-kira RM20,000 bagi memberi bantuan kelengkapan sekolah kepada 100 murid dengan setiap seorang daripadanya menerima bantuan berjumlah RM200.

Norhayati dalam ucapan perasmiannya berkata program tersebut adalah satu usaha yang baik bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

“Dalam pada kita hari ini berdepan dengan isu kenaikan kos sara hidup, bantuan seperti ini mampu meringankan beban yang ditanggung keluarga yang kurang berkemampuan sekali gus memberi keceriaan buat anak-anak untuk ke sekolah.

Selain membantu dari segi kelengkapan sekolah, TNB juga turut membantu membaik pulih rumah yang daif serta bantuan barangan keperluan dapur dan di pihak kerajaan, kita sentiasa membantu rakyat sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, bapa seorang penerima, Mohd Nazir Zulkifli, 35, menyifatkan program berkenaan amat bermanfaat kerana ia dapat meringankan bebanan yang ditanggung keluarga.

“Saya rasa seronok apabila anak saya terpilih untuk menerima bantuan persekolahan dan saya melihat barangan yang diberikan berkualiti. Saya ucap terima kasih kerana memilih keluarga kami untuk dibantu,” katanya yang bekerja sebagai jurukimpal di Bangi, Selangor. – BERNAMA

Tags: Bantuan PersekolahanTNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

01/12/2024
0

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang...

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

30/11/2024
0

ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd