• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TM, TNB Meterai MoU Usaha Sama Bagi Pelan Fiber

oleh AK-47
16/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bersama-sama membangunkan rancanganpelaksanaan Pelan Fiber Seluruh Negara (NFP) oleh kerajaan.

Kerjasama itu akan memanfaatkan gabungan kelebihan kedua-dua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu dari segi capaian, infrastruktur dan kepakaran, menurut TM dan TNB dalam satu kenyataan bersama di sini, hari ini.

“Secara khususnya, sinergi ini akan membolehkan struktur kos paling cekap, dan mempercepatkan lagi capaian rangkaian jalur lebar gentian.

“Ini adalah seiring dengan matlamat kerajaan untuk memacu ekonomi digital Malaysia seperti​​​​​​​ ditetapkan mengikut NFP itu serta projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB),” menurut kedua-dua syarikat itu.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan di bawah TM dan TNB, dua institusi terkemuka Malaysia, akan memastikan jaminan dan keselamatan ke atas infrastruktur strategik dan penting negara.

Cadangan rangkaian itu juga akan meneruskan penyertaan akses terbuka sedia ada kepada peserta industri untuk menggalakkan persaingan sektor swasta dalam jalur lebar runcit.

MoU itu ditandatangani antara Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Ir. Azman Mohd.

MoU itu tertakluk kepada perjanjian muktamad yang akan dimeterai antara pihak berkenaan selepas terma komersial dimuktamadkan dan pengumuman selanjutnya akan dibuat apabila diperlukan serta pada tempoh yang sesuai. – BERNAMA

Tags: TNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

01/12/2024
0

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang...

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

30/11/2024
0

ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd