• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Gempa Di Lebak

oleh Ahmad Albab
24/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang cedera atau menerima kesan secara langsung dalam insiden gempa bumi yang melanda wilayah barat daya Lebak, Provinsi Banten, Indonesia, kira-kira 1.34 tengah hari semalam.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata kedutaan Malaysia di Jakarta telah berhubung dengan para pelajar Malaysia yang berada di sekitar Jakarta, Bandung serta Bogor bagi memastikan keselamatan mereka.

Antara kawasan yang dilaporkan menerima impak gegaran gempa bumi dengan kekuatan 6.1 pada skala Richter itu ialah Jakarta, Bogor, Cianjur, Sukabumi dan Bandung di Jawa Barat serta beberapa wilayah di Jawa Tengah.

“Rakyat Malaysia diminta sentiasa tenang dan mengikuti berita tempatan untuk mengetahui perkembangan terkini,” demikian menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia di Indonesia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi e-mel mwjakarta@kln.gov.my atau nombor telefon +62215224947 dan +6281380813036. – BERNAMA

Tags: gempa bumirakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Edar Sampul ‘Angpau’ Percuma Melalui FB

Next Post

SESB Beri Jaminan Tiada Pengurangan Pekerja

Related Posts

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

29/04/2025
0

ISTANBUL - Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan berhampiran bandar Bluff di barat daya New Zealand, lapor Anadolu Ajansi...

Gempa Bumi Magnitud 6.2 Gegar Istanbul

Gempa Bumi Magnitud 6.2 Gegar Istanbul

23/04/2025
1

ISTANBUL - Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud menggegarkan Türkiye pada Rabu dengan pusat gempa terletak di Daerah Silivri, Istanbul,...

Next Post

SESB Beri Jaminan Tiada Pengurangan Pekerja

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd