• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Bayaran Tambahan Untuk Pasport Versi Baharu

oleh Ahmad Albab
11/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tiada caj tambahan dikenakan untuk permohonan dan pembaharuan pasport Malaysia versi baharu yang dilengkapi ciri keselamatan lebih canggih, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Melancarkan pasport versi baharu yang mula diperkenalkan sejak 15 November lepas pada perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pasport itu mempunyai penambahan ciri-ciri keselamatan berbanding sebelumnya.

Katanya pasport itu mampu mencegah daripada dijadikan pasport tiruan atau disalahgunakan pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Biarpun mutu (pasport) telah meningkat tetapi harganya tidak dinaikkan. Beban rakyat tidak akan bertambah. Tiada cukai tambahan dan bayaran perkhidmatan baharu (permohonan atau pembaharuan pasport) pada tahun ini,” katanya ketika berucap pada majlis itu di sini hari ini.

Kadar yang dikenakan untuk permohonan atau pembaharuan pasport baharu sekarang ialah RM200 bagi setiap pasport.

Antara ciri keselamatan yang ditambah baik pada pasport versi baharu itu termasuklah muka surat biodata polikarbonat disertakan bersama cip dan ciri pengesahan ketulenan pasport yang hanya boleh didedah melalui cahaya ultra violet (UV).

Pada perhimpunan bulanan itu, Ahmad Zahid turut memaklumkan bahawa sehingga tahun lepas, sebanyak 65,108 pertubuhan induk dan 63,591 pertubuhan cawangan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) manakala 57 parti politik telah didaftarkan.

Pada sidang media kemudian, Ahmad Zahid mahu menteri-menteri yang bertanggungjawab, menyelesaikan isu perkhidmatan teksi, Uber dan GrabCar.

Beliau meminta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Datuk Seri Nancy Shukri untuk mengadakan pertemuan dengan kumpulan pemandu teksi.

“Tidak perlu ugut. Kita tidak pernah takut dengan sebarang ugutan,” katanya ketika diminta mengulas isu kumpulan pemandu teksi yang tidak berpuas hati dengan wujudnya perkhidmatan kereta Uber dan GrabCar.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata kabinet belum membuat keputusan berkenaan pembukaan kedutaan Malaysia di Baitulmaqdis Timur.

Sebelum ini, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dilaporkan menyatakan hasrat kerajaan negara itu untuk membuka pejabat kedutaan di Baitulmaqdis Timur. – BERNAMA

Tags: PASPORTZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Hormati Keputusan MIC, Enggan Campur Urusan Dalaman Parti – Ahmad Zahid

BN Hormati Keputusan MIC, Enggan Campur Urusan Dalaman Parti – Ahmad Zahid

19/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau menghormati sepenuhnya segala keputusan yang dibuat...

Pasport Malaysia Antara Terkuat Di Dunia

Pasport Malaysia Antara Terkuat Di Dunia

06/11/2025
0

PASPORT MALAYSIA ANTARA TERKUAT DI DUNIA, TANGGA KETIGA RANKING 2025 Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR, 5 Nov — Pasport Malaysia kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd