• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Bayaran Dibuat Bagi Projek Terowong Dasar Laut

oleh AK-47
14/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi menegaskan bahawa setakat ini tiada bayaran dibuat bagi projek pembinaan terowong dasar laut di negeri ini.

“Tiada satu sen, tak ada sekupang pun dibayar untuk projek terowong dasar laut ini… yang kami lakukan pembayaran adalah hanya untuk Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi tiga lebuh raya. Itu sahaja.

“Yang ini kami bayar sehingga peringkat DEIA (Kajian Terperinci Impak Alam Sekitar) dan kami pun telah dapat kelulusan DEIA itu dan bermakna projek ini boleh dimulakan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Pada sidang akhbar itu Lim turut membidas beberapa akhbar arus perdana yang didakwa memutarbelitkan laporan berhubung isu pembiayaan itu.

Sementara itu mengulas dakwaan pejabat ketua menteri diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, Lim berkata: “Semalam pejabat ketua menteri tidak diserbu langsung oleh SPRM.”

Isu terowong dasar laut kembali hangat diperkatakan susulan SPRM membuat serbuan di beberapa pejabat kerajaan di Komtar dan syarikat berkaitan projek itu, Selasa lepas dan semalam untuk siasatan susulan laporan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.

Pada Rabu, dua individu bergelar datuk daripada syarikat pembangunan hartanah direman enam hari masing-masing di Putrajaya dan di sini bagi membantu siasatan.

Pada 5 Januari lalu, Huan membuat laporan dan menyerahkan bukti baharu berhubung projek terowong dasar laut itu kepada SPRM di Putrajaya bagi menyiasat sama ada wujud unsur salah laku atau rasuah dalam pembidaan projek itu.

Lim sebelum ini dilaporkan berkata akan meneruskan projek terowong dasar laut yang menghubungkan bahagian pulau dari Persiaran Gurney ke bahagian utama negeri itu di Bagan Ajam. – BERNAMA

Tags: Ketua Menteri Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JBPM Lakukan Penerbangan Ihsan Bawa Pesakit

Next Post

Kes Tampar Polis: Farid Kamil Direman Selama 4 Hari

Related Posts

Akaun Hasil Disatukan: Guan Eng ‘Kencing’ Lagi?

22/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Dakwaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) cekap pengurusan kewangan kerana berjaya meningkatkan Akaun Hasil Disatukan sebanyak tujuh kali...

Zenith Didesak Perjelaskan Bayaran RM22 Juta

16/03/2018
0

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan Consortium Zenith Construction (CZC) Sdn...

Next Post

Kes Tampar Polis: Farid Kamil Direman Selama 4 Hari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd