• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terus Ukir Nama, Kontroversi Buat Kamal Lebih Matang

oleh
09/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHUN 2017 lalu benar-benar telah meninggalkan kesan yang mendalam serta pengajaran besar buat pelakon dan pengacara terkenal, Kamal Adli.

Baca: Kamal Tak Mahu Lagi Kena Tempias Kontroversi Murahan

“Harapan saya satu sahaja untuk tahun ini iaitu tak nak apa yang berlaku pada tahun lalu berulang lagi,” ujarnya.

Bagi pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli, 32, apa yang terjadi tahun lalu telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam buatnya sepanjang bergelar selebriti selama hampir 11 tahun.

“Cukuplah! Tahun lepas teruk saya kena sampai rasa ‘sakit’ luar dan dalam.

“Biarlah 2018 saya fokus dengan kerja dan perniagaan yang saya usahakan dan bukannya kontroversi,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Dalam perkembangan terbaharu, Kamal bakal bergandingan bersama dengan pelawak, Fad Bocey bagi program terbaharu, Gegar Komedi yang bersiaran mulai 19 Januari ini di saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (134).

Bagi Kamal sendiri, selain berlakon, dia turut meminati bidang pengacaraan serta menganggap ianya merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskannya.

Tambahan pula, gandingannya bersama dengan Fad boleh dikatakan gandingan yang ‘kena’ kerana mereka sebelum ini pernah bekerjasama dalam beberapa program yang lain.

Selain bergelar pelakon dan pengacara, Kamal yang juga merupakan Juara Super Spontan 2017 itu sedang giat mengusahakan perniagannya bersama dengan rakan kongsinya.

Kamal kini sudah mengeluarkan minyak wangi dibawah jenamanya sendiri serta beberapa lagi produk kecantikan khas untuk wanita dan juga lelaki.

“Alhamdulillah tawaran berlakon pun memang banyak dan jadual pun sudah mula penuh untuk tahun ini.

“Selebihnya saya ingin fokus kepada bidang perniagaan pula sebagai satu cabang baru dalam karier seni saya,” katanya lagi.

Semoga apa yang dirancangkan oleh Kamal akan dipermudahkan.

Mudah-mudahan 2018 ini akan menjadi tahun rezeki buat Kamal memandangkan tahun lalu agak ‘suram’ buatnya selepas dikaitkan dengan komtoversi antara Zahirah Mazwilson dan Zul Ariffin. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Kamal AdlipelawakpengacaraTahun Baru
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

John Terry Dedah Perangai Pelik Mourinho

Next Post

Sentuh Bahu Aliff Syukri, Joy Revfa Kata Berlapik

Related Posts

Pelawak, Isteri Dibebas Dengan Jaminan Polis

Pelawak, Isteri Dibebas Dengan Jaminan Polis

03/07/2024
0

Shah Alam : Pelawak serta isterinya yang ditahan polis berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah...

Siasatan Lanjut Penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Tangguh Kes 10 Julai

Siasatan Lanjut Penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Tangguh Kes 10 Julai

26/06/2023
0

SINGAPURA: Mahkamah Singapura membenarkan penangguhan dua minggu lagi untuk pendakwa raya menjalankan siasatan lanjut ke atas seorang lelaki yang didakwa...

Next Post

Sentuh Bahu Aliff Syukri, Joy Revfa Kata Berlapik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd