• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terkejut Nampak Lipas, Wanita Ini Rempuh Jejantas

oleh
30/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Ini mungkin lucu namun begitulah yang berlaku apabila seorang wanita berusia 61 tahun cedera ringan hanya gara-gara ternampak seekor lipas dalam keretanya baru-baru ini.

Menurut laporan stesen penyiaran tempatan, Channel NewsAsia, insiden pelik itu menyebabkan kereta jenis Mazda yang dipandu oleh mangsa hilang kawalan sebelum merempuh kuat tangga sebuah jejantas di Jurong East.

Gambar-gambar yang tersebar luas atas talian setempat menunjukkan keadaan kereta buatan Jepun berwarna merah itu naik melepasi bendul bahu jalan raya dengan bahagian depan kenderaan tersebut agak remuk teruk.

Menurut kenyataan polis Singapura kepada media, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian aneh tersebut kira-kira pukul 7.30 pagi pada Jumaat minggu lalu di laluan Jurong East Central menghala ke arah Science Centre Road.

Baca: Kereta Remuk Ditimpa Buah Nangka Dicampak Dari Flat

Agensi berita tempatan Mediacorp bagaimanapun difahamkan bahawa wanita warga emas itu yang tidak pula didedahkan identitinya dipercayai hilang kawalan ke atas keretanya setelah terkejut melihat lipas di dalam kereta.

Kereta berkenaan kemudian naik ke bendul jalan dan merempuh kaki anak tangga sebatang jejantas, sekali gus merosakkan prasarana awam berkenaan. Namun nasib lipas tersebut pula tidak jelas diketahui kesudahannya.

Pemandu wanita terbabit berada dalam keadaan sedar semasa dihantar ke Hospital Besar Ng Teng Fong bagi mendapatkan rawatan dan mangsa malahan disahkan tidak memandu di bawah pengaruh minuman alkohol.

Siasatan pihak polis masih dijalankan untuk mengenal pasti bagaimana serangga itu boleh berada dalam kereta itu. Di Singapura, kebanyakan spesies lipas adalah dari jenis Jerman dan Amerika. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: lipasSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd