• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambahan 126 Sekolah Laksana DLP Pada 2018

oleh Ahmad Albab
05/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG TERAP – Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini mengumumkan kementeriannya meluluskan penambahan 126 sekolah di seluruh negara untuk melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) pada tahun ini.

Mahdzir yang juga Anggota Parlimen Padang Terap berkata kelulusan itu diberikan selepas mengambil kira kesemua sekolah itu yang telah memenuhi segala kriteria yang digariskan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melaksanakan DLP berkenaan.

“Disember lalu, kita telah menerima sebanyak 214 pemohonan untuk melaksanakan DLP dan selepas penilaian dibuat, sebanyak 88 sekolah sahaja yang diluluskan.

Hari ini, saya ingin umumkan bahawa baki 126 sekolah lagi telah diluluskan untuk melaksanakan DLP, ” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga bekas guru Allahyarham Md Zain Saad di kediamannya di Perumahan Awam Kampung Baru di Kuala Nerang di sini hari ini. Md Zain meninggal dunia pada 29 Dis lepas.

Mahdzir berkata pemohonan itu wajar diluluskan apabila sekolah itu berjaya memenuhi empat syarat utama iaitu mempunyai sumber mencukupi, kesediaan pengetua atau guru besar dan guru, permintaan dan sokongan ibu bapa serta pencapaian sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Beliau berkata berkata kelulusan itu menjadikan keseluruhan sekolah yang akan melaksanakan DLP adalah sebanyak 1,429 sekolah iaitu sebanyak 1,215 sekolah sudah melaksanakan sejak 2016 dan tahun lepas manakala selebihnya merupakan sekolah yang baharu akan melaksanakan DLP tahun ini.

“Kita yakin, pihak sekolah yang memohon DLP ini dapat melaksanakan DLP ini dengan baik kerana ia menunjukkan bahawa pihak sekolah dan ibu bapa pelajar sekolah terbabit telah bersedia dan mahukan program DLP itu dijalankan.

“Setiap tahun, pemohonan untuk melaksanakan DLP ini meningkat jadi ini menunjukkan bahawa ia mendapat permintaan tinggi terutamanya daripada pihak ibu bapa yang tahu tentang kepentingan DLP kepada anak-anak mereka,” katanya.

Katanya kerajaan juga mengambil pelbagai langkah proaktif bagi memantapkan dan memperkasakan Bahasa Inggeris guru-guru termasuk menyediakan Pusat Latihan Bahasa Inggeris (ELTC). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

30/06/2018
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd