• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Perlu Kempen #UndiRosak – Ahmad Bashah

oleh Ahmad Albab
28/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT KAYU HITAM – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kempen #UndiRosak tidak perlu diwujudkan oleh mana-mana pihak kerana ia hanya merugikan semua orang termasuk pengundi sendiri.

Sebaliknya, pihak yang berkenaan perlu mengukuhkan ‘jenama’ parti masing-masing dalam usaha menambat hati pengundi, kata Ahmad Bashah yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri.

“Tak perlu kutuk atau berkempen nak rosakkan undi ini. Jaga jenama parti masing-masing sudah dan selebihnya biar pengundi yang pilih dan tentukan yang terbaik buat mereka.

Kalau undi rosak nanti siapa yang rugi. Kita (BN) tidak pernah ajar pengundi-pengundi untuk rosakkan undi sebaliknya apa yang kita mahukan adalah sifar #UndiRosak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Darul Qiyyam di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kempen Kempen Undi Rosak yang sebelum ini tular di laman sosial dengan menyebarkan mesej dengan tanda pagar #UndiRosak atau #SpoiltVote dan #ProtesPRU.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah mengingatkan pengundi supaya tidak terpengaruh dengan fitnah dan hasutan dibawa pihak yang berusaha untuk menjejaskan perancangan pembangunan kerajaan.

“Mereka yang timbul lima tahun sekali ini suka menghasut. Jangan mudah terpedaya kerana mereka ini ada kepentingan tersendiri sehingga menjejaskan perancangan yang dibuat kerajaan demi kemajuan dan kebajikan rakyat,” katanya.

Sementara itu, mengenai Kompleks Darul Qiyyam itu beliau berkata kompleks itu menempatkan 60 lot kedai menjual pakaian, produk makanan dan kecantikan yang menelan kos RM4.9 juta.

“Kompleks yang mula dibina pada 2014 ini mula beroperasi sejak enam bulan lalu namun hanya 20 lot kedai yang telah beroperasi manakala selebihnya masih belum dihuni peniaga.

Ia terletak kira-kira 500 meter dari Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini dan menyediakan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kenderaan, tandas awam dan surau,” katanya. – BERNAMA

Tags: #undirosak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Perlu Undi Rosak, Pilih Kerajaan Pembangunan

11/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia tidak perlu merosakkan undi dan terpengaruh dengan gerakan merosakkan undi oleh pihak tertentu yang berpendapat...

Penyokong Pakatan Cetek Pemikiran – PSM

03/02/2018
0

"SERANGAN bertali arus oleh mereka yang dipercayai pro-Pakatan Harapan terhadap pihak yang sokong kempen #UndiRosak secara tidak langsung memperlihatkan sikap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd